Zaman Reiwa

nama zaman Jepun (1 Mei 2019 – ) From Wikipedia, the free encyclopedia

Zaman Reiwa
Remove ads

Zaman Reiwa (令和, sejak 1 Mei 2019) ialah nama zaman semasa Jepun yang bermula pada 1 Mei 2019 apabila Putera Naruhito dimahkotakan sebagai Maharaja Jepun yang ke-126 untuk menggantikan Akihito yang memerintah dalam zaman Heisei dari 1989 sehingga 30 April 2019, di mana baginda turun takhta atas sebab kesihatan.[1]

Thumb
Pengumuman nama zaman Reiwa oleh Yoshihide Suga ketika menjawat sebagai Ketua Setiausaha Kabinet.
Remove ads

Penamaan zaman

Aksara-aksara untuk menulis nama "Reiwa" iaitu 「令」(rei, れい) dan「和」(wa, わ) dua-dua membawa erti "Kedamaian selepas Keteraturan"[2] dan diambil dari puisi klasik Man'yōshū seperti berikut:

Maklumat lanjut Teks asal:, Terjemahan bahasa moden: ...

Menurut suatu wawancara akhbar Asahi Shimbun dengan Masaaki Tatsumi dan Masaharu Mizukami, masing-masing seorang profesor sastera Jepun dan seorang profesor filsuf Cina berikutan upacara penamaan zaman ini, ungkapan tersebut itu sendiri saduran suatu sajak Cina lama dari zaman Dinasti Han abad ke-2 Masihi iaitu Gui tian fu karya Zhang Heng:[5]

Maklumat lanjut Teks asal:, Pinyin ...
Remove ads

Persediaan

Implementasi

Konsortium Unicode telah menyediakan mata kod (U+32FF) untuk glif baru yang menggabungkan versi halfwidth dari kanji reiwa (令 dan 和) menjadi suatu aksara disatutunggalkan.[6]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads