Zinho Vanheusden
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Zinho Vanheusden (lahir 29 Julai 1999) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Standard Liège dan pasukan kebangsaan Belgium.
Remove ads
Kerjaya kelab
Pada pertengahan tahun 2015, Vanheusden menyertai akademi Inter Milan[1] selepas beliau menghabiskan tujuh musim di pasukan belia Standard Liège. Beliau telah ditawarkan menyertai skuad senior Inter Milan untuk beberapa perlawanan terakhir Serie A 2016–17;[2] beliau juga tampil sebagai pemain simpanan dalam beberapa perlawanan pembukaan Serie A 2017–18.[3][4][5][6] Beliau turut beraksi untuk pasukan bawah-19 sebagai pertahanan utama, di mana [asukannya menjuarai Campionato Nazionale Primavera 2016-17.[7] Pada 27 September 2017, Vanheusden mengalami kecederaan ligamennya dalam aksi Liga Belia UEFA menentang FC Dynamo Kyiv,[8] sekali gus memaksanya untuk berehat selama 4 bulan.[9] Pada 26 Januari 2018, Vanheusden telah melanjutkan kontraknya bersama Inter sehingga Jun 2022.[10]
Pada 30 Januari 2018, Vanheusden menyertai kelab Standard Liège sehingga 30 Jun 2018 secara pinjaman bersama pilihan untuk melanjutkan tempoh itu selama setahun lagi.[11] Vanheusden melakukan penampilan pertamanya bersama Standard Liège dalam aksi play-off liga menewaskan K.A.A. Gent 1-0 pada 14 April 2018.[12]
Pada 28 Jun 2019, Standard Liège membawa masuk Vanheusden secara tetap melalui perpindahan yang bernilai 12.5 juta euro sekali gus meleburkan rekod pembelian termahal oleh kelab Belgium yang dipegang oleh pemain Nicolae Stanciu.[13][14]
Remove ads
Kerjaya antarabangsa
Vanheusden melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Belgium dalam aksi persahabatan menentang Ivory Coast yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 pada 8 Oktober 2020.[15]
Kehidupan peribadi
Vanheusden dinamakan selepas pemain bola sepak Brazil, Zinho yang terkenal berikutan aksinya pada kejohanan Piala Dunia FIFA 1994.[16]
Statistik kerjaya
Kelab
- Sehingga 21 April 2021.
- Penampilan di Liga Europa UEFA
Antarabangsa
- Sehingga 21 April 2021.[17]
Remove ads
Catatan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads