Alkali

From Wikipedia, the free encyclopedia

Alkali
Remove ads

Dalam konteks bidang kimia, alkali (Jawi: القلي serapan Arab: القَلِي, rumi: al-qalī "[abu] gorengan [Salicornia]"[1] terbitan kata kerja قَلَى qalā "menggoreng"[2]) ialah garam bes berion daripada unsur kimia logam alkali atau alkali bumi. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai sifat bes yang larut dalam air, di mana larutan sebegini mempunyai pH lebih besar daripada 7.0. Pengungkapan luas ini mungkin datang daripada alkali yang merupakan bes pertama diketahui mematuhi pentakrifan Arrhenius terhadap sesuatu bes, dan alkali-alkali ini masih antara bes yang paling biasa digunakan.

Thumb
Hablur natrium hidroksida
Remove ads

Sifat biasa alkali dan asid

Kesemua alkali merupakan bes Arrhenius yang membentuk ion hidroksida (OH) apabila larut dalam air. Ciri-ciri sama yang dikongsi larutan alkali akueus termasuklah:

  • Larutan berkepekatan sederhana (lebih 10-3 M) bernilai pH 7.1 atau lebih tinggi, menukarkan fenoftaleina yang lutsinar menjadi berwarna merah jambu.
  • Larutan yang pekat bersifat kaustik (menyebabkan kebakaran kimia).
  • Larutan alkali bersifat licin atau kesabunan apabila disentuh, disebabkan penyabunan terhadap bahan-bahan lemak di permukaan kulit.
  • Alkali biasanya larut dalam air, walaupun ada juga sebatian seperti barium karbonat yang hanya akan larut selepas bertindak balas dengan larutan asid akueus.
Remove ads

Perbezaan antara alkali dan bes

Kedua-dua istilah "bes" dan "alkali" sering digunakan antara satu sama lain dengan maksud yang sama, terutamanya di luar konteks kimia dan kejuruteraan kimia.

Terdapat pelbagai takrifan yang lebih khusus untuk menggambarkan konsep alkali. Alkali biasanya ditakrifkan sebagai sebahagian dari bes. Salah satu dari dua subset biasanya dipilih.

  • Garam bes logam alkali atau logam bumi alkali[3] (termasuk Mg(OH)2 tetapi tidak termasuk NH3.)
  • Sebarang bes yang larut dalam air dan membentuk ion hidroksida[4][5][6] atau larutan bes dalam air.[7] (Ini termasuk Mg(OH)2 dan NH3.)

Subset bes yang kedua ini juga dikenali sebagai "bes Arrhenius".

Remove ads

Garam alkali

Garam alkali ialah hidroksida logam-logam alkali dan logam alkali bumi yang mudah larut, contohnya:

  • Natrium hidroksida – sering dipanggil "soda kaustik"
  • Kalium hidroksida – biasanya dikenali sebagai "potasy kaustik"
  • Lai – istilah umum untuk mana-mana bahan yang disebutkan atas atau untuk suatu campuran
  • Kalsium hidroksida – larutan tepunya dikenali sebagai "air kapur"
  • Magnesium hidroksida – alkali yang atipikal kerana keterlarutan rendahnya dalam air (walaupun bahagian yang terlarut dianggap sebagai bes yang kuat kerana penceraian ionnya yang lengkap)

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads