PH

From Wikipedia, the free encyclopedia

PH
Remove ads
Remove ads

Dalam kimia, pH merupakan ukuran keasidan dan kealkalian sesuatu larutan yang menyukat kuasa daripada ion-ion unsur hidrogen yang dilepaskan;[1] pH ialah singkatan power of hydrogen ("kuasa hidrogen").[2] Larutan berasid mempunyai pH kurang daripada 7 manakala larutan bes dengan pH lebih daripada 7 bersifat alkali. Air tulen mempunyai pH berdekatan dengan 7.[1]

Thumb
Lemon mempunyai rasa masam disebabkan kandungan 5-6% asid sitrik di dalamnya, dengan pH lebih kurang 2.2

Skala pH berdasarkan piawaian antarabangsa.[3] Tetapan nilai pH ditentukan berdasarkan kepekatan sel galvanik, yang merupakan perbezaan keupayaan elektrod antara elektrod hidrogen dan elektrod piawanan seperti argentum klorida. pH sesuatu larutan akues diperoleh dengan menggunakan elektrod kaca dan meter pH atau menerusi penunjuk pH.

Remove ads

Sejarah

Konsep p[H] mula diperkenalkan oleh Søren Peder Lauritz Sørensen, seorang ahli kimia yang bekerja di Makmal Carlsberg, Copenhagen, Denmark pada tahun 1909;[4] pembentangan ini diubah pada 1924 untuk memenuhi takrifan dan sukatan berdasarkan sel-sel elektrokimia. Søren dalam penulisannya pada tahun 1909 menggunakan notasi huruf "H" besar untuk hidrogen yang lebih kecil daripada huruf "p" kecil, seperti pH.

Remove ads

Takrifan dan pengukuran

Hidrogen (H+) (sebenarnya, ion H+ tidak wujud; ia merupakan singkatan kepada ion hidroksonium H3O+). Namun untuk larutan cair, adalah lebih mudah/sesuai untuk menggantikan aktiviti ion hidrogen dengan kepekatan, kemolaran (mol/L) ion hidrogen itu (namun, ini tidak semestinya tepat untuk kepekatan tinggi [5][6]).

Pada tahun 1908, Sørensen menakrifkan pH sebagai

Kuantiti ini boleh dihubungkan kepada pemalar penceraian asid dengan

yang mana A- ialah konjugat bes bagi HA.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads