Bateri

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Bateri (Jawi: باتري) ialah sumber kuasa elektrik yang terdiri dari satu atau lebih sel elektrokimia dengan sambungan luar[1] untuk menjanakan peranti seperti lampu suluh, telefon pintar dan kereta elektrik.[2]

Thumb
Dari atas ke bawah: bateri 4.5-volt (3R12), sel D (D Cell). sel C (C Cell), sel AA (AA Cell) sel AAA (AAA Cell), sel AAAA (AAAA Cell), bateri A23, bateri PP3 9-volt dan sepasang sel butang (CR2032 and LR44).

Apabila bateri membekalkan tenaga elektrik, satu hujungnya berkutub positif lalu bertindak sebagai katod manakala hujung lainnya negatifnya berkutub lawanan atau negatif sebagai anod.[3][4] "Anod" ini merupakan sumber elektron yang akan mengalir melalui suatu medium (elektrolit) an menghantarkan tenaga kepada alat luar yang disambungkan kepadanya.[4] Apabila bateri disambungkan kepada sesebuah litar luar, elektrolit dapat bergerak seperti ion di dalamnya lalu membolehkan tindak balas kimia disempurnakan pada terminal yang berasingan seterusnya menghantarkan tenaga kepada litar luar. Pergerakan ion di dalam bateri inilah yang membolehkan arus bergerak keluar daripada bateri lalu memberikan fungsinya, Istilah "bateri" pada asalnya lebih khusus merujuk kepada peranti terdiri dari beberapa sel, namun penggunaan istilah ini telah berkembang untuk merujuk juga kepada peranti terdiri dari sel tunggal.[5][6]

Bateri datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, dari sel-sel kecil yang digunakan untuk alat bantu dengar dan jam tangan serta sel nipis yang digunakan dalam telefon pintar hinggalah ke bateri asid plumbum yang digunakan dalam kereta dan lori, dan juga pada tahap melampaunya tabung-tabung bateri yang sebesar bilik yang berfungsi sebagai bekalan kuasa siap sedia mahupun kecemasan untuk pertukaran telefon dan komputer pusat data komputer.

Sel-sel bateri menjana tenaga khusus (tenaga per unit besar-besaran) lebih rendah daripada bahan api biasa seperti petrol. Pelengkapan ia dalam kenderaan automotif kereta agak diimbangi oleh motor elektrik yang berkecekapan lebih tinggi dalam menghasilkan daya mekanikal berbanding enjin pembakaran.

Remove ads

Pengistilahan

Perkataan battery dalam bahasa Inggeris yang dipinjamkan kepada bahasa Melayu sebagai "bateri" pada asalnya bermaksud suatu deretan senjata api digabungkan dalam bidang ketenteraan; pelanjutan ungkapan ini ke dalam konteks simpanan tenaga dimulakan Benjamin Franklin tahun 1749 dalam kiasannya menerangkan suatu ujikaji kuasa elektrik dilakukan beliau menggunakan serangkai pemuat balang Leyden.[7][8] Kitab Vortaro tahun 1923 menerangkan teknologi batterij asasnya sebagai suatu "...adonan atawa tjampoeran jang bisa bergeter...".[9]

Remove ads

Kategori dan jenis bateri

Bateri dikelaskan kepada jenis primer dan sekunder:

  • Bateri primer direka untuk kegunaan sehingga habis tenaga kemudian dibuang. Tindak balas kimia yang ada biasanya tidak berbalik oleh itu tidak dapat dicas semula. Apabila bateri kehabisan zat tindak balas, ia berhenti menghasilkan arus dan tidak berguna lagi.[10]
  • Bateri sekunder boleh dicas semula melalui penterbalikan tindak balas kimia sel oleh arus elektrik. Pengaliran arus ini menghasilkan semula zat tindak balas kimia yang boleh digunakan, dicas semula, dan digunakan lagi selama beberapa kali.[11]

Jenis sel

Pelbagai jenis sel elektrokimia telah dihasilkan dengan pebagai tindak balas kimia yang terlibat serta reka bentuk termasuk sel galvanik, sel elektrolitik, sel bahan api, sel alir dan cerucuk Volta.[12]

Sel basah

Bateri sel basah mengandungi elektrolit dalam bentuk cecair.

Sel kering

Sel kering menggunakan pes elektrolit dengan kelembapan yang cukup untuk membenarkan arus mengalir. Jenis sel ini boleh berfungsi apabila dipasangkan di mana-mana orientasi tanpa tertumpahnya kandungan sel tersebut berbanding dengan sel basah, seperti yang ia mengandungi ada cecair bebas, menjadikan sel ini sesuai digunakan dalam peralatan mudah alih.

Remove ads

Saiz

Bateri primer yang tersedia untuk kegunaan orang ramai didapati dari sel butang kecil digunakan untuk elektrik jam tangan hingga ke sel No 6 yang digunakan untuk litar isyarat atau pemakaian jangka panjang yang lain. Sel sekunder dihasilkan dalam saiz yang sangat besar yang boleh menggerakkan sebuah kapal selam atau menstabilkan grid elektrik membantu meratakan tahap keluar beban puncak.

Sifat kimia

Banyak sifat penting sel seperti voltan, kepadatan tenaga, kemudahbakaran, binaan sedia ada sel, suhu operasi dan jangka hayat ditentukan oleh kandungan kimia dalam bateri.

Bateri utama dan ciri-ciri mereka

Maklumat lanjut Jenis kimia, Anod (−) ...

Bateri sekunder (boleh dicas semula) dan ciri-ciri mereka

Maklumat lanjut Kimia, Voltan sel ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads