Benjamin Franklin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Benjamin Franklin
Remove ads

Benjamin Franklin (17 Januari [G.L.: 6 Januari 1705[1]] 1706, Boston, Massachusetts   17 April 1790, Philadelphia, Pennsylvania) adalah seorang tokoh Amerika Syarikat yang terkenal dan telah meninggalkan banyak karya di dalam hidupnya. Franklin adalah orang dengan banyak jenis pekerjaan dan keahlian. Dia adalah seorang wartawan, penerbit, penulis, ahli falsafah politik, ahli politik, negarawan, aktivis masyarakat, ahli sains, diplomat dan pereka sekaligus. Franklin juga adalah salah seorang pemimpin Revolusi Amerika, dan salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat. Kata-katanya banyak yang terkenal dan dikutip orang. Misalnya "masa adalah wang" kemungkinan besar berasal dari dirinya. Kerana dia juga seorang penerbit dan pemilik percetakan, banyak kata-katanya yang masih boleh dibaca orang hingga sekarang kerana dia juga banyak dan rajin menulis. Dia juga terkenal dengan cadangan uji kajinya mengenai elektrik dan kilat (pencipta pengalir kilat). Dia juga merupakan ketua pejabat pos dan pembentuk perpustakaan awam pertama di Amerika, dan orang pertama yang menyusun pasukan bomba di Pennsylvania.

Fakta Segera Didahului oleh, Digantikan oleh ...

Benjamin Franklin ialah anggota Freemasonry.

Remove ads

Biografi

Tahun-tahun awal

Benjamin Franklin dilahirkan di Milk Street, Boston, pada 17 Januari 1706 dari ayahnya iaitu Josiah Franklin yang telah menikah dua kali. Benjamin adalah anak bongsu dari 17 anak Josiah dari dua perkahwinan itu. Benjamin berhenti sekolah ketika beliau berusia sepuluh tahun, dan pada umur dua belas tahun ia telah magang pada usaha penerbitan milik James, abangnya. Percetakan ini menerbitkan surat khabar New England Courant.

Benjamin menjadi kontributor dan bahkan kemudian editor surat khabar itu. Suatu hari kakak beradik ini berselisih faham hingga akhirnya Benjamin melarikan diri, pertama ke New York, lalu ke Philadelphia pada Oktober 1723.

Tahun-tahun pertengahan

Benyamin dan William melarikan diri ke Philadelphia. Lalu William bergabung dengan penjajah (Inggeris) dan berpisah jalan dengan Ben. Ben adalah musuh Inggeris kerana Revolusioner USA.

Tahun-tahun akhir

Setelah berselisih dengan William cukup lama, William yang bergabung dengan penjajah meminta maaf terhadap Benjamin Franklin. Namun dengan tegas Benjamin Franklin menolak. Benjamin Franklin menghabiskan sisa hidupnya terpisah dari isterinya.

Kematian dan setelahnya

Remove ads

Nota

Karya Ben Franklin (Bahasa Inggeris)

Rujukan dan pautan luar

Bacaan lanjut

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads