Buruj

apabila gugusan bintang tertentu disambungkan dengan garisan, maka corak tertentu akan terbentuk From Wikipedia, the free encyclopedia

Buruj
Remove ads

Bintang-bintang tunggal yang dekat antara satu sama lain membentuk corak-corak buruj, konstelasi atau gugusan yang kelihatan pada seluruh pemandangan langit di atas Bumi pada waktu malam.

Thumb
Buruj Belantik boleh dilihat dari kebanyakan tempat di dunia pada suatu masa dalam setahun. Buruj ini ditandakan oleh garis sengkang kuning.
Thumb
Foto buruj Belantik.

Terdapat 88 buruj piawai diakui oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa sejak 1922;[1] kebanyakan buruj-buruj ini dirujuk kepada 48 buruj yang disenaraikan Klaudios Ptolemaios dalam buku Mathematike Syntaxis bertarikh abad ke-2 manakala buruj-buruj selebihnya dinyatakan pada abad ke-17 dan ke-18; buruj-buruj yang paling lewat ditemui di langit selatan dinyatakan dalam Coelum australe stelliferum oleh Nicolas Louis de Lacaille pada 1763. Pengetahuan corak-corak tersebut dahulu diajarkan kepada orang Rom Purba daripada ketamadunan Mesir Purba yang menandakan kedudukan bintang-bintang ini sebagai petunjuk mencari arah jalan dalam mengemudi atau menandakan musim bertani.[2]

Ada juga sebilangan buruj terdahulu yang tidak diakui oleh kesatuan tersebut, atau buruj yang diakui dalam tradisi rantauan astronomi atau astrologi, seperti buruj-buruj Cina, atau orang-orang asli Australia dan sebagainya. Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam rajah contoh di sebelah, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segi empat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.[perlu rujukan]

Remove ads

Peristilahan

Perkataan "buruj" diserap daripada perkataan Arab: بُرُوج, rumi: burūj iaitu bentuk jamak kata بُرج burj "gugusan bintang" yang diterbitkan daripada kata kerja dasar بَرَجَ baraja "tinggi dan jelas" (ظَهَرَ);[3] kata kerja itu sendiri serapan Yunani πυργός pyrgos "menara" melalui kata bahasa Suryani ܒܘܪܓܐ būrgāʾ "rasi".[4]

Perkataan "konstelasi" diserap daripada perkataan Belanda: constellatie yang pada asalnya bererti "kedudukan planet", ia menyerap kata Bahasa Perancis constellacion yang diturunkan daripada kata cōnstēllātiō dalam bahasa Latin melakurkan com- dan stēlla "bintang".[5]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads