Zodiak

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dari sudut astronomi, zodiak atau rasi (Jawi: راسي) dikatakan terdiri daripada gugusan bintang yang terletak sepanjang laluan edaran tampak matahari. Bulan dan juga planet-planet di alam galaksi Bima Sakti terletak di dalam lingkaran matahari yang pada masa yang sama berada di ruangan gugusan zodiak. Sumber astrologi pula menyifatkan zodiak sebagai tanda-tanda buruj yang terbahagi kepada dua belas bentuk yang sama besar. Zodiak kini terbahagi kepada tiga belas buruj yang terdiri daripada dua belas tanda-tand

Remove ads

Zodiak sebagai kalendar

Thumb
Sebuah lukisan abad ke-17 daripada Svetitskhoveli yang menggambarkan Yesus Kristus dalam lingkaran zodiak.

Konsep zodiak berasal dari Babylon dimana pada tahun 2000 Sebelum Masihi digunakan sebagai kaedah untuk memvisualisasikan berlalunya waktu. Seperti kalendar, ianya dibahagikan kepada dua belas bahagian, iaitu dua belas bulan dalam satu tahun. Tanda-tanda zodiak yang digunakan sekarang adalah daripada hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada abad kedua Masihi, ketika zodiak sudah digunakan sekurang-kurangnya selama dua ribu tahun.

Remove ads

Tanda-tanda zodiak (astrologi) berserta maksud

Pada abad kelima sebelum masihi, zodiak (astrologi) telah dibahagikan kepada dua belas bahagian yang sama (satu untuk setiap bulan daripada tahun). Berikut merupakan senarai zodiak astrologi berserta unicode dan terjemahan dengan zodiak Serpentarius diabaikan:

  • Aries (): Kambing biri-biri – kawasan ekuinoks musim bunga pada 21 Mac, yang merupakan tempoh tahun baru bagi kalendar purba.
  • Taurus (): Lembu jantan.
  • Gemini (): Si kembar.
  • Cancer (): Ketam – bermulanya musim panas, 21 Jun.
  • Leo (): Singa.
  • Virgo (): Perawan.
  • Libra (): Dacing – musim gugur 21 September.
  • Scorpio (): Kala jengking.
  • Sagittarius (): Sentora si pemanah.
  • Capricorn (): Kambing laut– musim sejuk 21 Disember.
  • Aquarius (): Pembawa air.
  • Pisces (): Ikan.
Remove ads

Jadual tarikh zodiak

Thumb
Tanda-tanda zodiak seperti yang ditunjukkan dalam ukiran kayu pada abad yang ke-16.

Berikut merupakan jadual kesemua dua belas tanda-tanda zodiak (astronomi dan astrologi).

Maklumat lanjut Lambang, Buruj ...

Dalam jangka panjang, jika Kalendar Gregory tidak diubahsuai, maka ekuinoks akan dipindahkan ke tarikh yang sebelumnya.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads