Dekad
unit masa yang merangkumi sepuluh tahun From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dekad[1] (bahasa Inggeris: decade, juga dieja sebagai Indonesia: dekade) atau dikenali sebagai dasawarsa ialah tempoh masa yang merangkumi sepuluh tahun berturut-turut. Istilah ini digunakan untuk mengategorikan tempoh kronologi dalam sejarah, sains sosial, demografi dan analisis statistik, serta bagi menentukan zaman atau fasa perkembangan berdasarkan selang masa sepuluh tahun.
Dalam penggunaan umum, dekad boleh ditakrifkan sama ada sebagai dekad takwim (contohnya 1990–1999) atau dekad gelongsor, iaitu mana-mana tempoh berturutan selama sepuluh tahun tanpa terikat pada permulaan takwim tertentu (contohnya 2013–2022).
Remove ads
Etimologi
Perkataan dekad dan dekade berasal daripada bahasa Inggeris dan Belanda, yang kedua-duanya berakar daripada perkataan Yunani Kuno Bahasa Yunani Kuno: δεκάς, dekas yang bermaksud “kumpulan sepuluh” dan diserap melalui bahasa Perancis Lama.[2][3]
Istilah dasawarsa pula berasal daripada bahasa Sanskrit दश dasa (“sepuluh”)[4] dan वर्ष varṣa (“tahun”)[5] melalui bahasa Jawa.
Dekad boleh merujuk kepada mana-mana tempoh sepuluh tahun, sama ada berkaitan kehidupan individu, peristiwa sejarah, atau pengelompokan tahun dalam sesuatu takwim.
Remove ads
Penggunaan
Lihat juga
| Cari dekad dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads