Lalang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lalang, alang-alang, ilalang merupakan sejenis tumbuhan serumpun rumput berdaun tajam terdapat di hutan Malaysia yang kerap menjadi rumpai di kawasan pertanian. Pokok ini juga terdapat di negara-negara tropika dan kawasan sederhana lain termasuk negara-negara di Asia Tenggara. Nama botani lalang adalah Imperata cylindrica[6] dan ditempatkan dalam cabang keluarga Panicoideae. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rizom.
Lalang, alang-alang, ilalang sewarisan alalang, halalang (Banjar, Minang).[6] Nama-nama setempat rantau Nusantara lain:[6]
Remove ads
Pemerian botani
Rumput menahun dengan tunas panjang dan bersisik, merayap di bawah tanah. Ujung (pucuk) tunas yang muncul di tanah runcing tajam, serupa ranjau duri. Batang pendek, menjulang naik ke atas tanah dan berbunga, sebagian kerapkali (merah) keunguan, kerapkali dengan karangan rambut di bawah buku. Tinggi 0,2 – 1,5 m, di tempat-tempat lain mungkin lebih. Helaian daun lebar berhujung runcing, dengan pangkal yang menyempit dan berbentuk talang, panjang 12-80 sm, bertepi sangat kasar dan bergerigi tajam, berambut panjang di pangkalnya, dengan tulang daun yang lebar dan pucat di tengahnya. Karangan bunga dalam malai, 6–28 sm panjangnya, dengan anak bulir berambut panjang (putih) lk. 1 sm, sebagai alat melayang bulir buah bila masak.[8]
Remove ads
Ekologi dan penyebaran


Lalang dapat membiak dengan cepat, dengan benih-benihnya yang tersebar dengan cepat melalui angin, atau melalui rimpangnya yang cepat menembus tanah yang gembur. Lalang tidak suka tumbuh di tanah yang gersang, becak, digenangi air atau berbatu-batu tetapi suka dengan tanah yang cukup subur, banyak disinari matahari dan sedikit teduh, dengan kondisi lembap atau kering. Anak rumputnya segera menguasai lahan bekas hutan yang terbuka, bekas ladang, sawah yang mengering, tepi-tepi jalan dan lain-lainnya. Di tempat-tempat sebegitu, lalang dapat tumbuh dominan dan menutupi kawasan yang luas.
Sampai tahap tertentu, kebakaran vegetasi dapat merangsang pertumbuhan lalang.[6] Pucuk-pucuk lalang yang tumbuh setelah kebakaran disukai oleh haiwan-haiwan pemakan rumput, sehingga lahan-lahan bekas terbakar semacam ini sering digunakan sebagai tempat untuk berburu.

Lalang tersebar semula jadi mulai dari India hingga ke Asia Timur dan Tenggara, Mikronesia dan Australia. Kini lalang juga ditemukan di Asia Utara, Eropah, Afrika, Amerika dan di beberapa kepulauan. Namun kerana sifatnya yang invasif, di kebanyakan tempat, lalang sering dianggap sebagai rumai yang sangat menggusarkan.
Remove ads
Kegunaan
Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu mengurangkan hakisan tanah. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal dapat digantikan dengan lalang. Kadar ketumbuhannya, jalinan rimpang di bawah tanah, serta litupan daunnya yang rapat menghalang air dari hujan lebat menghanyutkan ia tanah tersebut ke tempat lain dengan itu dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah.
Di Bali dan pulau-pulau timur Indonesia umumnya, daun lalang dikeringkan dan dikebat dalam berkas-berkas digunakan sebagai bahan atap rumah dan bangunan seumpama. Dedaun lalang juga kerap digunakan sebagai sunkup untuk melindungi tanah pertanian dikerjakan. Serat halus malai bunganya kadangkala digunakan sebagai pengganti kapuk, untuk mengisi alas tidur atau bantal.
Rimpang dan akar alang-alang kerap digunakan sebagai bahan ubat tradisional, untuk meluruhkan kencing (diuretik), mengubati demam dan lain-lain.
Sejumlah kultivarnya dipilih untuk dijadikan rumput hias di taman-taman. Di antaranya adalah kultivar ‘Red Baron’ yang berdaun merah.
Trivia
Salah satu cara untuk membasmi alang-alang ialah dengan menanami lahan dengan jenis-jenis pohon yang ulet, cepat tumbuh, dan mempunyai tajuk yang relatif rapat untuk membentuk naungan yang cukup berat. Salah satu yang direkomendasikan adalah gamal (Gliricidia spp.). Konon, nama “gamal” memiliki kepanjangan ganyang mati alang-alang.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
