| Tanda baca |
Simbol |
Digunakan |
Contoh |
| Titik |
. |
Pada akhir ayat yang bukan ayat seruan atau ayat pertanyaan. |
Bapa saya pergi ke pejabat. |
| Sebelum tanda pentutup kata dalam cakap ajuk. |
Kata Ali, "Saya hendak minum teh halia." |
| Untuk menunjukkan angka perpuluhan. |
301.5 |
| Pada akhir singkatan dan kependekan nama seseorang. |
Sdn. Bhd. |
| Koma |
, |
Untuk mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat. |
Ibu membeli ikan, udang dan sayur. |
| Sebelum tanda pembuka kata dan penutup kata dalam cakap ajuk. |
"Mereka belum sampai," kata Salmah. |
| Di belakang kata penghubung pada awal ayat. |
Oleh sebab itu, dia tidak datang. |
| Di belakang kata seru. |
Amboi, comelnya kucing ini! |
| Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza. |
Barang ini mahal, tetapi dapat tahan lama. |
| Sempang |
- |
Untuk menyampungkan kata ganda dan kata yang diulang. |
berbagai-bagai, kupu-kupu |
| Tanda petik |
"..." |
Untuk mengapit petikan langsung. |
"Dia sudah pulang ke rumah," kata Yosri. |
| Pada judul karya dan sebagainya. |
"Dilema Melayu" |
| Koma bertitik |
; |
Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza. |
Saya melawat Sabah; Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau. |
| Pada baris pertama pantun dua kerat. |
Banyak udang banyak garam; Banyak orang banyak raga. |
| Titik bertindih |
: |
Pada akhir penyataan yang diikuti oleh rangkaian. |
Bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
- 1 kilo tepung gandum
- 6 biji telur
- 3 biji bawang merah
|
| Untuk memberikan penjelasan |
Tarikh: 31 Ogos 2006
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Negara, Kuala Lumpur |
| Tanda tanya |
? |
Pada akhir ayat tanya. |
"Kamu belum siap?" tanya Ahmad. |
| Pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata. |
"Kamu belum siap?" tanya Salmah. |
| Tanda seru |
! |
Dalam ayat seruan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan. |
Aduh, sakitnya kepalaku! |