kad

From Wiktionary, the free dictionary

Remove ads
Wikipedia bahasa Melayu mempunyai rencana pada:
Wikipedia

Bahasa Melayu

Takrifan

kad (jamak kad-kad or kad2)

  1. keping(an) kertas atau plastik yang agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi).

Etimologi

Dipinjam daripada bahasa Inggeris card, daripada bahasa Inggeris Pertengahan carde (kad terup), daripada bahasa Perancis Kuno carte, daripada bahasa Latin charta, daripada bahasa Yunani Purba χάρτης (khártēs, kertas papirus). Bentuk kembar bagi carta and kertas.

Sebutan

Kamus Dewan: kad

Tulisan Jawi

كد

Terjemahan

Kata majmuk

  • kad ahli: kad sebagai tanda menjadi ahli (sesuatu persatuan, kelab dan sebagainya).
  • kad caj: sejenis kad kredit yang pada asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yang telah dibuatnya pada tarikh yang ditetapkan.
  • kad jaminan: kad yang diberikan oleh sesebuah syarikat kepada pelanggan sebagai jaminan bahawa sebarang kerosakan yang berlaku pada barangan yang dijual dalam tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki/diganti tanpa sebarang bayaran.
  • kad jemputan, kad undangan: kad yang digunakan untuk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dan sebagainya).
  • kad kredit: kad yang menunjukkan keterangan seperti nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yang membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian (untuk barangan, perkhidmatan, dan sebagainya) secara kredit.
  • kad merah
  1. kad jemputan kahwin.
  2. (sukan) kad yang dilayangkan kepada pemain sebagai tanda perintah keluar padang.
  • kad pengenalan: kad yang mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (nama, alamat, bangsa dan lain-lain).
  • kad ucapan: kad untuk mengucapkan selamat Hari Raya, hari lahir dan sebagainya.
Remove ads

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads