lari

From Wiktionary, the free dictionary

Remove ads

Bahasa Melayu

Kata kerja

lari

  1. berlari: bergerak dengan pantas sekali (lebih cepat daripada berjalan).
    Mereka pun terkejut lalu berlari tunggang-langgang.
  2. menyelamatkan atau melepaskan diri (daripada bahaya, tahanan, dan lain-lain).
    Kesemua pencuri itu telah dapat lari daripada serbuan polis.
  3. meninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dan lain-lain) tanpa kebenaran.
    Kedua-dua orang pemuda yang lari masuk hutan itu akan dihukum.
  4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) daripada sesuatu atau daripada terpaksa melakukan sesuatu.
    Kita tidak dapat lari daripada membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab.
Remove ads

Kata nama

lari (jamak lari-lari or lari2)

  1. kecepatan, kelajuan.
    Kuat sungguh larinya kereta itu.
  2. (basahan) perginya, arah, hala, haluan.
    Ke mana larinya wang tadi?

Kata terbitan

  • berlari(برلاري): bergerak dengan langkah yang pantas.
  • berlarian(برلارين): berkejar dan berlari dengan tidak tentu hala.
  • melarikan(ملاريکن):
    • membawa lari.
    • membawa, memandu;
    • melepaskan sesuatu;
    • mengalih.
  • memperlarikan(ممڤلاريکن): menyebabkan berlari.
  • larian(لارين):
    • balapan tempat berlari;
    • gerakan berlari.
  • pelarian(ڤلارين):
    • hal lari atau melarikan diri;
    • orang yang melarikan diri dari sesuatu kawasan, negeri dan lain-lain.
  • pelari(ڤلاري):
    • orang yang berlari
    • orang yang melarikan cukai dan sebagainya.
  • selari(سلاري): sama hala

Etimologi

Daripada Melayik Purba *lari, daripada Melayu-Chamik Purba *lari, daripada Melayu-Sumbawa Purba *lari, daripada Melayu-Polinesia Purba *laʀiw, daripada Austronesia Purba *laʀiw.

Sebutan

  • Kamus Dewan: la·ri
  • AFA(kekunci): /lari/
  • Rima: -ari, -ri, -i
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

لاري

Terjemahan

Remove ads

Bahasa Indonesia

Kata kerja

lari

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Bahasa Banjar

Takrifan

Kata nama

lari

  1. bukah

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads