nombor

From Wiktionary, the free dictionary

Remove ads
Carilah maklumat lanjut mengenai nombor di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Takrifan

nombor (jamak nombor-nombor or nombor2)

  1. Tanda yang menyatakan bilangan, angka.

Kata terbitan

  • bernombor: mempunyai nombor atau telah dinomborkan.
  • menombori: memberi bernombor, memberikan nombor (bilangan) kepada.
  • penomboran: perihal (perbuatan dan sebagainya) menombori (sesuatu).

Kata majmuk

  1. nombor asas: nombor dari 0 (sifar) hingga 9 (sembilan).
  2. nombor atom: (kimia) nombor yang menunjukkan bilangan proton di dalam nukleus atom atau bilangan elektron yang mengelilingi nukleus atom neutral.
  3. nombor Avogadro: (kimia) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dalam satu mol bahan.
  4. nombor bercampur: nombor yang mengandungi nombor penuh dengan angka pecahan.
  5. nombor bulat: (sila lihat: nombor penuh.)
  6. nombor ganjil: nombor yang berlebih apabila dibahagi dengan dua.
  7. nombor genap: nombor yang tidak berlebih apabila dibahagi dengan dua.
  8. nombor induk: (sila lihat: nombor pokok.)
  9. nombor lepas: (Indonesia) eceran (surat khabar, majalah).
  10. nombor neutron: (kimia) bilangan neutron dalam sesuatu nukleus atom.
  11. nombor pendaftaran: satu siri huruf dan nombor yang terdaftar dengan pihak yang berwajib, misalnya bagi kereta dan syarikat.
  12. nombor pengenalan diri: nombor rahsia yang diperuntukkan kepada seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dengan kad bank untuk mengeluarkan wang tunai melalui ATM.
  13. nombor pengoksidaan: (kimia) bilangan elektron yang perlu ditambah kepada kation atau disingkirkan daripada anion untuk memperoleh atom neutral.
  14. nombor penuh: [bersamaan dengan nombor bulat] nombor yang tidak ada angka pecahan.
  15. nombor perduaan: (matematik) nombor yang menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1.
  16. nombor perenambelasan: (matematik) nombor dalam sistem angka yang berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F.
  17. nombor perlapanan: (matematik) nombor dalam sistem angka yang berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7.
  18. nombor plat: nombor pendaftaran pada kenderaan bermotor.
  19. nombor pokok: [bersamaan dengan nombor induk] (Indonesia) bilangan daftar dalam buku daftar.
  20. nombor satu:
    1. Angka satu.
    2. (sila lihat: nombor wahid.)
  21. nombor siri: nombor yang menandakan satu-satu item atau butiran dalam sesuatu siri, misalnya pada wang kertas.
  22. nombor tunggal: nombor yang hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih).
  23. nombor wahid: [bersamaan dengan nombor satu] bahasa percakapan yang terbaik atau terdahulu.

Etimologi

Daripada bahasa Inggeris number.

Sebutan

  • Kamus Dewan: nom·bor
  • AFA(kekunci): /nombo(r)/
  • Rima: -ombo(r), -bo(r), -o(r)
  • Audio (MY):(file)

Tulisan Jawi

نومبور

Terjemahan

Tesaurus

Sinonim
aksara, angka.
Antonim
huruf.

Rujukan

Pautan luar

  • "nombor" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
Nombor Asas

0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9

Remove ads

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads