planet

From Wiktionary, the free dictionary

Remove ads
Wikipedia bahasa Melayu mempunyai rencana pada:
Wikipedia

Bahasa Melayu

Kata nama

planet (jamak planet-planet or planet2)

  1. sebarang jasad berbentuk sfera, kecuali komet, meteor dan satelit, yang beredar mengelilingi Matahari dalam Sistem Suria, misalnya Bumi, Marikh dan Musytari.
  2. sebarang jasad, seperti di atas, yang mengelilingi bintangnya dalam sistem najam lain.

Etimologi

Daripada perkataan bahasa Inggeris Pertengahan planete, daripada perkataan bahasa bahasa Perancis Kuno planete, daripada perkataan bahasa bahasa Latin planeta, planetes, daripada perkataan bahasa bahasa Yunani Purba πλανήτης (planḗtēs, sesuatu yang merayau) (erkataan itu sendiri merupakan elipsis bagi ἀστέρες πλανῆται (astéres planêtai, bintang yang merayau)), daripada perkataan bahasa bahasa Yunani Purba πλανάω (planáō, merayau-rayau, menyesat), dengan asal usul yang tidak dapat diketahui. Berkognat dengan Latin pālor (merayau-rayau, menyesat), Old Norse flana (bergegas), dan Norway flanta (berayau). Lihat lebih lanjut pada kata masukan flaunt. Dipanggil sedemikian kerana ia mempunyai gerakan ketara, tidak seperti bintang yang berkedudukan "tetap". Pada asalnya juga termasuk bulan dan matahari tetapi bukan Bumi; pengertian saintifik moden tentang "dunia yang mengorbit bintang" berasal dari tahun 1630-an dalam bahasa Inggeris. Perkataan bahasa Yunani tersebut merupakan bentuk yang diperbesarkan bagi πλάνης (plánēs, yang merayau), juga "bintang yang merayau, planet", dalam bidang perubatan merujuk kepada "suhu tidak stabil."

Sebutan

Kamus Dewan: pla·nét

Tulisan Jawi

ڤلانيت

Terjemahan

Tesaurus

Sinonim
cakerawala, kaukab.
Remove ads

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris

planet (plural planets)

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads