Christian Wulff
From Wikipedia, the free encyclopedia
Christian Wilhelm Walter Wulff (Sebutan bahasa Jerman: [ˈkʁɪstjan ˈvɪlhɛlm ˈvaltɐ vʊlf]; lahir 19 Jun 1959) ialah seorang ahli politik dan peguam Jerman yang berkhimdat sebagai Presiden Jerman mulai tahun 2010 hingga 2012. Ahli Kesatuan Demokratik Kristian ini berkhidmat selaku Menteri Besar negeri Niedersachsen pada tahun 2003 hingga 2010.[1] Beliau dipilih untuk menjadi presiden pada pilihan raya presiden pada 30 Jun 2010 setelah menumpaskan calon pembangkang, Joachim Gauck lalu memegang jawatan itu serta-merta,[2] sebelum mengangkat sumpah pada 2 Julai.[3]
Christian Wulff | |
---|---|
Presiden Jerman | |
Dalam jawatan 30 Jun 2010 – 17 Februari 2012 | |
Canselor | Angela Merkel |
Didahului oleh | Horst Köhler |
Digantikan oleh | Joachim Gauck |
Menteri Besar Niedersachsen | |
Dalam jawatan 4 Mac 2003 – 30 Jun 2010 | |
Didahului oleh | Sigmar Gabriel |
Digantikan oleh | David McAllister |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1959-06-19) 19 Jun 1959 (umur 64) Osnabrück, Jerman Barat (kini Jerman) |
Parti politik | Kesatuan Demokratik Kristian |
Pasangan | Christiane Wulff (m. 1988–2006, cerai) Bettina Körner (m. 2008–kini) |
Anak-anak | Annalena Linus |
Alma mater | Universiti Osnabrück |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | Official website |
Pada 17 Februari 2012, Wulff meletak jawatan selaku Presiden Jerman apabila berdepan dengan dakwaan rasuah ketika menjadi Menteri Besar Niedersachsen.[4] Horst Seehofer mengambil tempat beliau selaku pemangku ketua negara sementara menunggu pilihan raya untuk memilih pengganti Wulff.