Saifuddin Abdullah
ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota. Pada peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Perikatan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang.
Yang Berhormat Dato' Sri Saifuddin Abdullah SSAP, DSAP (Pahang); DPMP (Perak); DSM (Melaka) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Indera Mahkota, Pahang | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Fauzi Abdul Rahman |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Timbalan | Kamarudin Jaffar |
Didahului oleh | Hishammuddin Hussein |
Digantikan oleh | Zambry Abdul Kadir |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Timbalan | Marzuki Yahya |
Didahului oleh | Anifah Aman |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Hussein |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Pahang | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Ahmad Faizal Azumu |
Menteri Komunikasi dan Multimedia | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Zahidi Zainul Abidin |
Didahului oleh | Gobind Singh Deo |
Digantikan oleh | Annuar Musa |
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan | |
Dalam jawatan 2015–2020 | |
Pengerusi | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Saifuddin Nasution Ismail |
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 Berkhidmat dengan Yang Hormat Dato' Sri Dr. Hou Kok Chung (Timbalan I) | |
Menteri | Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin |
Didahului oleh | Yang Berhormat Datuk Seri Idris bin Haron |
Digantikan oleh | Yang Berbahagia Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Temerloh, Pahang | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Mohd Sarit Yusoh |
Digantikan oleh | Nasrudin Hassan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1961-01-27) 27 Januari 1961 (umur 63) Kampung Sungai Ara, Mentakab, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Parti politik | UMNO (1985-2015) PKR (2015-2020) BEBAS (2020) BERSATU (2020-kini)[1] |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional (1985-2015) Pakatan Harapan (2015-2020) Perikatan Nasional (2020-kini) |
Pasangan | Datin Sri Norlin Shamsul Bahri |
Ibu | Hajah Ramlah Uda |
Bapa | Ustaz Haji Abdullah Long |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Anggota Parlimen |
Gaji | RM52,504.48 sebulan[2] |
Nilai bersih | RM1 ke 2.5 juta[2] |
Kabinet | Kabinet Ismail Sabri |
Anugerah | Senarai |
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia ke-8, YB Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Semasa pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-7, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau memegang portfolio sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia. Semasa penyertaan beliau di dalam Parti Keadilan Rakyat yang disertainya pada tahun 2015[3], beliau merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), PKR dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan. Beliau dan beberapa ahli parlimen PKR kemudian menyertai BERSATU yang diketuai Azmin Ali pada tahun 2020[4].
Sebelum memasuki PKR, beliau merupakan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) (UMNO). Beliau juga pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan ke-6, YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi dan YABhg Dato' Seri Najib Razak sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia dan Ahli Parlimen Temerloh (2008-2013).