Zahidi Zainul Abidin
ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (lahir 9 Januari 1961) merupakan ahli politik Malaysia yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sejak 10 Mac 2020. Beliau juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Padang Besar, Perlis semenjak 18 Oktober 2008 dan sebagai Pengerusi dalam Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM). Pada tahun 2012, beliau telah dipilih memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis dan telah dicalonkan ketika PRU13 pada 5hb Mei 2013. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).
Fakta Segera Yang Berbahagia DatukZahidi Zainul Abidin DMSM (Melaka); SMP (Perlis), Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ...
Yang Berbahagia Datuk Zahidi Zainul Abidin DMSM (Melaka); SMP (Perlis) | |
---|---|
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob |
Menteri | Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa |
Digantikan oleh | Teo Nie Ching |
Kawasan pilihan raya | Padang Besar |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
Menteri | Yang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah |
Didahului oleh | Yang Berhormat Dato' Eddin Syazlee Shith |
Kawasan pilihan raya | Padang Besar |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Padang Besar, Perlis | |
Dalam jawatan 5 Mac 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Azmi Khalid (UMNO–BN) |
Digantikan oleh | Rushdan Rusmi |
Pengerusi RISDA | |
Dalam jawatan 12 Ogos 2015 – 27 Disember 2018 | |
Didahului oleh | Rahim Thamby Chik |
Digantikan oleh | Rosely Kusip |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1961-01-09) 9 Januari 1961 (umur 63) |
Parti politik | UMNO (1991-2022) |
Sekutu gabungan politik lain | BN (1991-2022) MN (2019-2022) PN (2020-2022) |
Pasangan | Datin Nooraine Ahmad |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Gaji | RM35,181.65 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM1 ke 2.5 juta[1] |
Tutup
Zahidi merupakan lulusan Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (sekarang bertukar nama kepada Universiti Teknologi Mara - UiTM).[2]