Takwim Maya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Takwim Maya ialah satu sistem takwim yang digunakan di Mesoamerika pra-Columbia, dan sebahagian masyarakat moden di tanah tinggi Guatemala[1] dan di Veracruz, Oaxaca dan Chiapas, Mexico.[2]
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Secara asasnya kalendar Maya berdasarkan suatu sistem yang telah lazim digunakan di kawasan itu, bermula paling lambat pada abad ke-5 SM. Ia berkongsi banyak aspek dengan takwim yang digunakan tamadun Mesoamerika lebih awal, seperti Zapotec dan Olmek, dan juga tamadun sezaman atau kemudiannya seperti Mixtec and Aztek.[3] Walaupun takwim Mesoamerika ini tidak berasal daripada kaum Maya, perbaikan dan penghalusan mereka merupakan antara yang tercanggih. Bersama-sama dengan Takwim Aztek, Takwim Maya merupakan antara kelendar terawal awal yang paling banyak didokumenkan dan agak mudah untuk difahami.