14 April merupakan hari ke-104 (hari ke-105 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 261 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- 193 - Septimius Severus merampas takhta Empayar Rom selepas kematian Pertinax semasa Tahun Lima Maharaja.
- 1471 - Perang Bunga Ros: Kerabat York di bawah Edward IV menewaskan kerabat Lancaster berhampiran Barnet, membunuh Richard Neville, Earl Warwick.
- 1865 - John Wilkes Booth (gambar) menembak Presiden A.S. Abraham Lincoln dengan sepucuk pistol Deringer di Teater Ford, Washington, D.C.
- 1895 - Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar.
- 1912 - RMS Titanic melanggar sebuah aisberg di Lautan Atlantik, dan tenggelam beberapa jam kemudian.
- 1927 – Kereta Volvo pertama dibina di kilang di Hisingen, Gothenburg, Sweden.
- 1931 - Selepas Raja Alfonso XIII meninggalkan Sepanyol. Republik Sepanyol Kedua diisytiharkan oleh sebuah kerajaan sementara pimpinan Niceto Alcalá-Zamora.
- 1956 - Penggunaan pita video kuadrupleks 2" ditunjukkan buat pertama kali kepada orang ramai.
- 1967 - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Munawir menamatkan pemerintahannya kerana mangkat.
- 1970 - Sebuah tangki oksigen di atas kapal angkasa lepas NASA Apollo 13 (gambar lambang) meletup.
- 2003 - Projek Genom Manusia diumumkan siap.
- 2010 - Lebih 2,600 orang terbunuh dalam gempa bumi 6.9 Mw di Yushu, Qinghai, China.
- 2010 - Ribut kuat melanda Bangladesh dan timur India, mengorbankan lebih 140 orang.
- 2013 - Dalam pilihan raya selepas kematian Hugo Chávez, Nicolás Maduro terpilih sebagai Presiden Venezuela.