Apollo 13
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Apollo 13 ialah misi ketiga pendaratan di Bulan oleh NASA, sebahagian daripada program Apollo Amerika Syarikat. Kapal angkasa ini dilancarkan pada 11 April 1970, jam 13:13 CST dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida, namun pendarat qamari terpaksa dibatalkan selepas sebiji balang oksigen meletup dua hari kemudian, melumpuhkan Service Module (SM) yang diperlukan Command Module (CM). Walaupun terpaksa menempuh kesukaran akibat kuasa terhad, kehilangan haba kabin, kekurangan air minum dan terpaksa mengganti sementara sistem penyingkiran karbon dioksida, anak kapal berjaya kembali dengan selamat ke Bumi pada 17 April.
Penerbangan ini diketuai oleh James A. Lovell dengan John L. "Jack" Swigert sebagai juruterbang CM dan Fred W. Haise sebagai juruterbang LM. Swigert menggantikan Ken Mattingly pada saat akhir, yang tidak dibenarkan terbang selepas terdedah kepada penyakit Rubela.
Remove ads
Anak kapal
Anak kapal utama:
Anak kapal simpanan:
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads