Qinghai

From Wikipedia, the free encyclopedia

Qinghai
Remove ads

36°0′N 96°0′E

Fakta Segera
Fakta Segera Nama Bahasa Cina, Bahasa Cina ...

Mengenai audio iniQinghai  ialah sebuah wilayah Republik Rakyat China, yang dinamakan bersempena Tasik Qinghai yang besar. Qinghai bersempadan dengan Gansu di timur laut, Kawasan Autonomi Xinjiang di barat laut, Sichuan di tenggara, dan Kawasan Autonomi Tibet di barat daya.

Remove ads

Sejarah

Qinghai merupakan sebuah wilayah yang agak baru di China. Kawasan ini selama ini menjadi tempat pertembungan pelbagai etnik yang memcampur aduk pengaruh kebudayaan Han (Cina), Mongolia, Tibet, dan Turkik. Qinghai dijadikan medan pertempuran ketika dinasti Tang dan dinasti-dinasti China seterusnya apabila menentang kerajaan Tibet yang berturut-turut.[1]

Pada tahun 1928, Qinghai dijadikan sebuah wilayah Republik China ketika itu. Seterusnya, Qinghai menjadi markas utama untuk hulubalang bernama Ma Bufang, sebelum menjadi wialyah di bawah pentadbiran Republik Rakyat pada tahun 1949.

Remove ads

Pelancongan

Thumb
Tasik Qinghai dari angkasa, November 1994.

Banyak tempat tarikan pelancong berpusat di Xining, ibu wilayah Qinghai.

Bandaraya Xining sendiri mempunyai tempat yang begitu penting, termasuk Masjid Besar Xining ([清真大寺] Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-s (help), pinyin: qīngzhēn dà sì) dan Tokong Gunung Utara ([北山寺] Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-s (help), běishān sì).

Di luar Xining terdapat dua tapak tarikan yang pentinf:

  • Biara Kumbum (bahasa Tibet: sKu 'bum dKon pa; bahasa Cina: [塔尔寺] Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-s (help), tǎ'ěr sì), salah sebuah biara Mazhab Topi Kuning yang tersohor, terletak 30 km dari Xining. Biara ini juga menampilkan Dewan Ukiran Mentega Yak.
  • Tasik Qinghai ([青海湖] Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-s (help), qīnghǎi hú) adalah sebuah tarikan pelancong yang terletak lebih jauh dari Xining berbanding Kumbum. Tasik ini adalah tasik air masin terbesar di China, dan juga terletak di "Bumbung Dunia," iaitu Penara Qinghai-Tibet. Tasik ini sendirinya terletak pada ketinggian 3,600m dari paras laut. Kawasan sekelilingnya terdiri daripada padang rumput beralun dan diduduki oleh etnik Tibet. Kebanyakan rombongan yang diatur berhenti di Pulau Burung ([鸟岛] Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: zh-s (help), niǎo dǎo). Setiap tahun, diadakan pertandingan lumba basikal antarabangsa dari Xining hingga Tasik Qinghai.
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads