1400–Richard II dari England mangkat, berkemungkinan kerana kebuluran dalam kepungan di Istana kota Pontefract di bawah arahan Henry Bolingbroke.
1502–Penyiasatan Sepanyol: Raja Katolik mengeluarkan satu dekri yang memaksa Muslim di Granada untuk memeluk Kristian atau meninggalkan Sepanyol.
1530– Konkuistador Sepanyol diketuai oleh Nuño de Guzmán, menjatuhkan dan membunuh Tangaxuan II, raja merdeka terakhir dari negeri Tarascan yang kini terletak di tengah Mexico.
1778 - Bendera Amerika Syarikat buat julung kalinya diiktiraf secara rasmi oleh sesebuah kapal tentera laut asing, apabila Laksamana Perancis Toussaint-Guillaume Picquet de la Motte melancarkan tabik sembilan tembakan untuk kapal USS Ranger yang diperintah oleh John Paul Jones.
1779 - James Cook dibunuh oleh orang asli Hawaii berhampiran Kealakekua di Pulau Hawaii.
1804 - Karađorđe Petrović menjadi pemimpin Pemberontakan Serbia Pertama.
1945 - Perang Dunia Kedua: Kota Pragueterkena bedilan mungkin disebabkan kesilapan pada orientasi juruterbang yang dikerah untuk membedil Dresden.
1945 - Presiden Franklin D. Roosevelt bertemu dengan Raja Ibnu Saud dari Arab Saudi di atas kapal USS Quincy, maka bermulanya hubungan diplomatik AS-Saudi secara rasmi.
1945 - Perang Dunia Kedua: Mostar dibebaskan oleh kumpulan gerilaYugoslavia.
1996 - China melancarkan roket Changzheng 3 yang mengangkut satelitIntelsat 708. Roket terbabit terbabas selepas tiga saat berlepas lalu terhempas di sebuah perkampungan.
2005 - Tujuh orang terkorban dan 151 lagi cedera dalam kejadian pengeboman di kawasan kewangan Makati di Metro Manila, Bandar Davao dan Bandar Raya Jeneral Santos di Filipina, yang dilakukan oleh militan yang disyaki berhubung rapat dengan Al-Qaeda.
2005 –YouTube dilancarkan oleh sekumpulan pelajar kolej, yang akhirnya menjadi tapak sesawang perkongsian video terbesar di dunia dan sumber utama bagi video tular.