4 Januari merupakan hari keempat dalam takwim Gregorius . Tinggal 361 hari (atau 362 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan Hari Kemerdekaan di Myanmar (1948 ).
Istana Whitehall
Gambaran artis Perayau Marikh
46 SM - Titus Labienus menumpaskan Julius Caesar di Pertempuran Ruspina .
871 - Pertempuran Reading : Ethelred dari Wessex melawan tentera penceroboh Denmark .
1493 - Christopher Columbus meninggalkan Dunia Baru maka berakhirnya jelajah sulung beliau.
1642 - Raja Charles I dari England mengerahkan bala tentera untuk menahan ahli-ahli Parliamen , maka bermulanya Perang Saudara England .
1698 - Sebahagian besar Istana Whitehall (gambar) di London , tempat kediaman utama raja-raja Inggeris sejak 1530, musnah dalam kebakaran.
1717 - Belanda , England , dan Perancis menandatangani Perikatan Bertiga .
1762 - England mengisytihar perang terhadap Sepanyol dan Naples .
1847 - Samuel Colt menjual pistol revolver pertamanya kepada kerajaan Amerika Syarikat .
1854 - Kapten William McDonald di atas kapal Samarang menjumpai Kepulauan McDonald , sebuah kepulauan tidak berpenghuni di Lautan Selatan kira-kira dua pertiga perjalanan dari Madagaskar ke Antartika .
1865 - Bursa Saham New York membuka ibu pejabat tetap pertamanya di 10-12 Broad berhampiran Wall Street di Bandar Raya New York .
1878 - Sofia dibebaskan dari pemerintahan Empayar Uthmaniyyah .
1884 - Pergerakan intelektual Persatuan Fabian diasaskan di London .
1885 - Pembedahan apendektomi pertama dijayakan oleh William W. Grant pada Mary Gartside.
1885 – Perang China-Perancis : Askar Perancis pimpinan Jeneral Oscar de Négrier menewaskan angkatan China Qing yang lebih besar di Nui Bop, utara Vietnam.
1896 - Utah diterima penyertaan sebagai negeri Amerika Syarikat yang ke-45.
1903 - Topsy si gajah dibunuh dengan kejutan elektrik oleh Thomas Edison dalam kempen Perang Arus Elektrik .
1912 - Persatuan Pengakap dibadankan di Komanwel British melalui Royal Charter .
1936 - Majalah Billboard menerbitkan lagu-lagu suka ramai pertamanya.
1944 - Perang Dunia II: Bermulanya Operasi Carpetbagger yang melibatkan penghuluran senjata dan bekalan kepada pejuang penentang di Eropah .
1944 - Perang Dunia II: Bermulanya Pertempuran Monte Cassino .
1948 - Burma mencapai kemerdekaan daripada Empayar British , dengan Thakin Nu daripada Liga Kebebasan Rakyat Anti Fasisme sebagai Perdana Menteri .
1951 - Perang Korea : Tentera China dan Korea Utara menawan Seoul .
1958 - Sputnik 1 jatuh ke Bumi dari orbitnya semenjak dilancarkan pada tahun 1957 .
1959 - Luna 1 menjadi kapal angkasa pertama yang mencapai kawasan Bulan .
1962 - Bandar Raya New York mempersembahkan kereta api yang dikendali tanpa krew dalamnya.
1972 - Rose Heilbron menjadi hakim wanita pertama yang menduduki Old Bailey di London.
1974 - Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon enggan menyerahkan bahan-bahan yang disepinakan oleh Jawatankuasa Watergate Senat.
1975 - Elizabeth Ann Seton menjadi santo kelahiran Amerika Syarikat yang pertama.
1979 - Brunei dan United Kingdom telah menandatangi Perjanjian Kerjasama dan Persabahatan.
1999 - Bekas penggusti profesional Jesse Ventura mengangkat sumpah selaku Gabenor Minnesota .
1999 - Umat Islam Syiah diserang orang-orang bersenjata ketika beribadah di sebuah masjid di Islamabad , 16 orang terbunuh sementara 25 lain cedera.
2004 - Perayau Marikh NASA Spirit berjaya mendarat di Marikh pada 04:35 UTC Bumi .
2006 - Perdana Menteri Israel Ariel Sharon menghidapi angin ahmar buat kali kedua. Kuasanya dipindahkan ke Ehud Olmert .
2007 - Kongres Amerika Syarikat ke-110 bersidang, memilih Nancy Pelosi sebagai Speaker Dewan Perwakilan wanita yang pertama dalam sejarah A.S., menjadikannya wanita berkedudukan tertinggi dalam sejarah kerajaan persekutuan A.S.
2010 - Pencakar langit Burj Khalifa , struktur tertinggi di dunia , dibuka secara rasmi di Dubai , Emiriah Arab Bersatu.
2012 - Pelancaran radio Nasional FM oleh Radio Televisyen Malaysia
Alberto Paloschi
Julie Estelle
Teuku Ryzki