From Wikipedia, the free encyclopedia
Aage Niels Bohr ([o-wĕ bo-ĕr] / [ˈɔːwə ˌnels ˈboɐ̯ˀ]; 19 Jun 1922 – 8 September 2009) merupakan seorang ahli fizik nuklear dari Denmark. Pada 1975, beliau berkongsi Hadiah Nobel dalam Fizik bersama Ben Mottelson dan James Rainwater "atas penemuan hubungan antara pergerakan kelompok dan pergerakan zarah nukleus atom serta pembangunan teori struktur nukleus atom berdasarkan penemuan tersebut".[1]
Aage Niels Bohr | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 8 September 2009 87) Copenhagen, Denmark | (umur
Warganegara | Denmark |
Pusat pendidikan | Universiti Copenhagen |
Terkenal kerana | Geometri nukelus atom |
Anugerah |
|
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik nuklear |
Institusi |
|
Tesis | Rotational States of Atomic Nuclei (1954) |
Aage Bohr lahir di Copenhagen pada 19 Jun 1922. Beliau merupakan anak keempat (dari enam adik-beradik) kepada Niels Bohr dan Margrethe Bohr (nama keluarga sebelumnya: Nørlund).[2] Abang sulungnya Christian meninggal dalam suatu kemalangan bot pada tahun 1934,[3] manakala abang ketiganya Harald mati selepas menghidap meningitis.[4]
Beliau meneruskan pengajian di Universiti Copenhagen tidak lama selepas pihak Nazi Jerman menduduki Denmark pada bulan April 1940. Di sana, beliau membantu ayahnya membuat draf persuratan dan artikel berkaitan bidang epistemologi dan fizik.[2]
Pada September 1943, ayahnya Niels dan bapa saudaranya Harald mendapat tahu mereka berkemungkinan ditahan rejim itu disebabkan darah kacukan Yahudi mereka. Para pemberontak Denmark membantu Bohr dan isterinya melarikan diri ke Sweden pada 29 September.[5][6] Dari sana, Bohr tiba di Scotland atas jemputan Lord Cherwell pada 6 Oktober dalam sebuah pesawat British Overseas Airways Corporation (kini British Airways) yang mampu melepasi ruang udara Norway tanpa dikesan pihak Nazi di sana.[7][8] Aage berjumpa semula dengan ayahnya di Britain seminggu selepas itu.[9] Beliau bukan sahaja menjadi pembantu peribadi dan setiausaha kepada Niels, tetapi juga secara rasminya menjadi penyelidik junior Jabatan Kajian Sains dan Industri United Kingdom (Department of Scientific and Industrial Research).
Anak-beranak tersebut terlibat dalam projek bom atom Britain Tube Alloys. Pada 30 Disember 1943, mereka membuat lawatan ke Amerika Syarikat di mana ayahnya merupakan salah satu penasihat kepada Projek Manhattan;[10] kedua-duanya diberikan nama samaran "Nicholas" (untuk Niels) dan "James (untuk Aage) Baker" demi melindungi identiti mereka.[11]
Aage mendapat kedoktoran beliau dari Universiti Copenhagen pada tahun 1954 selepas menulis tesisnya mengenai pusingan nukleus atom bertajuk "Rotational States of Atomic Nuclei").[12] Beliau menjadi profesor di sana pada tahun 1956 serta turut mengetuai Institut Niels Bohr sejak kematian ayahnya pada tahun 1962 sehingga 1970. Beliau terus aktif di Institut tersebut sehingga bersara pada 1992.[13]
Beliau meninggal dunia di Copenhagen pada 9 September 2009[13] meninggalkan isteri keduanya dan anak-anak mereka.[14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.