From Wikipedia, the free encyclopedia
Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih merupakan seorang tokoh ulamak di Malaysia kelahiran Mekah Al-Mukaramah. Ayah beliau bernama Syeikh Muhammad Basmeih bin Salleh Basmeih yang berasal dari Hadramawt iaitu salah sebuah wilayah di negara Yaman yang terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab, manakala ibu beliau bernama ‘Aisyah binti Abdullah bin Hammad yang berasal dari wilayah Bishah, Arab Saudi. Basmeih adalah gelaran bagi keturunan beliau.
Cendekiawan Islam 1990-an | |
---|---|
Nama: | Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmeih |
Gelaran: | Syeikh Abdullah Basmeih |
Lahir: | 29 Disember 1913 |
Wafat: | 14 Julai 1996 |
Etnik: | Arab |
Rantau: | Malaysia-Singapura |
Bidang: | Al-Quran (Terjemahan) & Hadis |
Karya: | Tafsir Pimpinan Al-Rahman dalam Pengertian al-Quran; Mastika Hadis Rasulullah |
Syeikh Abdullah Basmeih telah dilahirkan pada 29 Disember 1913. Dalam catatan lain beliau dikatakan dilahirkan pada tahun 1915 kerana umur beliau sewaktu berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1927 ialah 12 tahun. Beliau dilahirkan di kawasan bernama Ma‘abdah yang terletak berhampiran dengan Mekah. Beliau dibesarkan di bumi Makkah al-Mukarramah sehinggalah berhijrah ke Tanah Melayu selepas itu kerana mengikut bapa beliau.
Pada tahun 1927, iaitu ketika usianya 12 tahun. Di Tanah Melayu, beliau menetap bersama-sama bapa dan ibu tirinya, Yang Chik di Kampung Pengkalan Balak, Melaka. Beliau turut membantu bapanya membuka kedai makan di Pasar Padang Nyiru, Melaka. Semasa baru berhijrah ke Tanah Melayu, Sheikh yang tidak tahu berbahasa Melayu dimasukkan ke Sekolah Melayu Pengkalan Balak dengan pertolongan guru besar sekolah berkenaan, iaitu Cikgu Tamby Chik bin Abdul Karim. Walaupun ketika itu usianya telah menjangkau 14 tahun, namun beliau tetap diterima belajar di sekolah tersebut.
Beliau berjaya menamatkan pelajaran darjah limanya pada tahun 1931. Selepas itu Sheikh tidak lagi menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Pembelajaran beliau terbantut kerana masalah kewangan sekalipun beliau sangat berminat untuk memasuki sekolah aliran inggeris. Walaupun begitu, Sheikh mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik. [1]
Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, Sheikh Abdullah Basmeih banyak mengarang karya-karya yang amat berharga. Antaranya ialah :
Sheikh Abdullah Basmeih meninggal ketika berusia 84 tahun pada 14 Julai 1996 di rumah beliau di Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat. Sheikh Abdullah Basmeih meninggalkan sumbangan yang besar iaitu sebagai penterjemah al-Qur’an.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.