Abusir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Abusir (Arab: ابو صيرcode: ar is deprecated ; Mesir pr wsjr; Bahasa Qibti: ⲃⲟⲩⲥⲓⲣⲓcode: cop is deprecated busiri, "tempat persemadian Osiris"; Bahasa Yunani Kuno: Βούσιριςcode: grc is deprecated ) ialah nama yang diberikan kepada sebuah kompleks piramid Mesir purba yang terdiri daripada runtuhan empat piramid raja yang berasal dari zaman Kerajaan Lama, dan merupakan sebahagian daripada Padang Piramid Tapak Warisan Dunia UNESCO Memphis dan Necropolisnya.[1]
Abusir | |
Lokasi | Mesir |
---|---|
Wilayah | Giza |
Koordinat | 29.9°N 31.2°E / 29.9; 31.2 |
Kriteria | Kebudayaan: (i)(iii)(vi) |
Ditetapkan | 1979 (3rd session) |
Sebahagian daripada | Memphis dan Nekropolisnya – Padang Piramid dari Giza ke Dahsur |
No. rujukan | 86-002 |
Busiri dalam hieroglif | |||||
Kompleks piramid ini dinamakan sempena kampung Abusir yang berhampiran, di markaz (mukim) Badrashin, Giza.[2] Kompleks piramid Abusir terletak di penara Gurun Barat di pinggir dataran bercucuk tanam. Piramid Giza berada di utara, dan Saqqarah di selatannya, dan kompleks itu salah satu tanah perkuburan golongan elit yang utama Memphis, ibu kota Mesir kuno. Beberapa kampung lain di utara dan selatan Mesir dinamakan Abusir atau Busiri.
Semasa Dinasti Ke-5 Kerajaan Lama, Abusir menjadi tempat penting untuk pengebumian berprestij di wilayah barat. Pada masa itu, Memphis adalah ibu kota. Kawasan Giza yang bersebelahan dengannya sudah sesak dengan piramid besar dan monumen-monumen dari Dinasti ke-4. Jadi, firaun-firaun Dinasti ke-5 memutuskan untuk mencari lokasi lain, seperti Abusir, untuk membina struktur pengebumian mereka sendiri..