From Wikipedia, the free encyclopedia
Dinasti Kelima Mesir purba (dinotasikan sebagai Dinasti V) sering digabungkan dengan Dinasti III, IV dan VI sebagai Kerajaan Lama. Firaun-firaun Dinasti Kelima memerintah selama kira-kira 150 tahun, dari awal abad ke-25 SM hingga pertengahan abad ke-24 SM.
Dinasti Kelima Mesir | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ibu negara | Memphis | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Mesir | ||||||||
Agama | Agama Mesir Purba | ||||||||
Kerajaan | Kerajaan mutlak | ||||||||
Firaun | |||||||||
• 7–8 tahun (pertama) | Userkaf | ||||||||
• 13 tahun | Sahure | ||||||||
• s. 10 tahun | Neferirkare Kakai | ||||||||
• s. 2 tahun | Neferefre | ||||||||
• Beberapa bulan | Shepseskare | ||||||||
• 24–35 tahun | Nyuserre Ini | ||||||||
• 8–9 tahun | Menkauhor Kaiu | ||||||||
• 33 sehingga lebih daripada 44 tahun | Djedkare Isesi | ||||||||
• 15–30 tahun (terakhir) | Unas | ||||||||
|
Dinasti Kelima Mesir merangkumi sembilan orang raja yang memerintah Mesir selama kira-kira 150 tahun pada abad ke-25 dan ke-24 SM.[lower-alpha 1] Turutan pewarisan raja-raja ini tidak diterima bulat-bulat kerana terdapat perselisihan antara sumber sejarah dan bukti arkeologi mengenai pemerintahan Shepseskare yang tidak begitu diketahui.
Pemerintah-pemerintah Dinasti Kelima yang diketahui disenaraikan berikut.[19] Manetho, seorang sejarawan Mesir dari zaman kuno, menyatakan Dinasti Kelima memerintah selama 248 tahun; walau bagaimanapun, firaun-firaun dinasti ini lebih berkemungkinan memerintah selama lebih kurang 150 tahun.[20] Anggaran ini berbeza-beza mengikut sarjana dan sumber. Nama-nama Horus, iaitu lambang raja[21] dan kebanyakan nama permaisuri[21] dipetik daripada Dodson dan Hilton.[21]
Nama peribadi | Nama pemerintahan | Imej | Anggaran tempoh pemerintahan | Piramid | Ratu |
---|---|---|---|---|---|
Userkaf | Userkaf | 7 tahun | Piramid di Saqqara | Khentkaus I ?
Neferhetepes | |
Sahure | Sahure | 13 tahun, 5 bulan dan 12 hari | Piramid di Abusir | Meretnebty | |
Kakai | Neferirkare | 20 tahun | Piramid di Abusir | Khentkaus II | |
Isi | Neferefre | 2 hingga 3 tahun | Piramid Neferefre yang belum selesai di Abusir | Khentkaus III ? | |
Netjeruser | Shepseskare | Mungkin beberapa bulan | Mungkin di Abusir | ||
Ini | Nyuserre | 24 hingga 35 tahun | Piramid di Abusir | Reptynub | |
Kaiu | Menkauhor | 8 atau 9 tahun | "Piramid Tanpa Kepala" di Saqqara | Meresankh IV ? | |
Isesi | Djedkare | 33 hingga lebih 44 tahun | Piramid di Saqqara | Setibhor | |
Unas | Unas | 15 hingga 30 tahun | Piramid di Saqqara | Nebet Khenut |
Manetho menulis bahawa raja-raja Dinasti V memerintah dari Elefantin tetapi ahli arkeologi telah menemui bukti yang jelas menunjukkan bahawa istana mereka tetap berada di Ineb-hedj ("Tembok Putih").
Seperti sebelumnya, perlawatan pernah dihantar ke Wadi Maghareh dan Wadi Kharit di Sinai untuk melombong pirus dan tembaga, dan ke kuari barat laut Abu Simbel untuk gneis. Ekspedisi perdagangan dihantar ke selatan ke Punt untuk mendapatkan malakit, mur dan suasa, dan penemuan arkeologi di Byblos membuktikan perlawatan diplomatik ke kota Foenisia itu. Penemuan yang menunjukkan nama beberapa raja Dinasti V di tapak Dorak, berhampiran Laut Marmara, mungkin bukti perdagangan dengan bandar itu tetapi ia masih menjadi misteri.
Bagaimana Firaun Userkaf mengasaskan dinasti ini tidak diketahui secara pasti. Papirus Westcar, yang ditulis semasa Kerajaan Tengah, menceritakan kisah raja Khufu dari Dinasti IV diberi ramalan bahawa tiga orang kembar yang dilahirkan oleh isteri pendeta Ra di Sakhbu akan menggulingkan baginda dan pewaris-pewarisnya, dan baginda cuba mengarahkan kanak-kanak ini—bernama Userkaf, Sahure dan Neferirkare—dihukum mati; namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sarjana mengatakan bahawa kisah ini legenda sahaja dan mengakui mereka tidak tahu dengan cara apa peralihan satu dinasti ke dinasti lain berlaku.
Semasa dinasti ini, agama Mesir membuat beberapa perubahan penting. Salinan sembahyang pengebumian terawal yang diketahui yang tertulis pada makam diraja (dikenali sebagai Teks Piramid) mula muncul. Pemujaan tuhan Ra semakin penting, dan raja-raja dari Userkaf ke Menkauhor Kaiu membina kuil-kuil yang didedikasikan untuk Ra di atau berhampiran Abusir. Kemudian pada akhir dinasti ini, pemujaan dewa Osiris menjadi penting, terutamanya dalam prasasti-prasasti yang terdapat di makam Unas.
Di kalangan rakyat Mesir biasa pada masa ini, Ptahhotep, wazir kepada Djedkare Isesi, menjadi masyhur kerana kebijaksanaannya; Pepatah Ptahhotep dinisbahkan kepadanya oleh penyalin-penyalin yang terkemudian daripadanya. Makam-makam bukan diraja juga dihiasi dengan tulisan, seperti makam raja, bukan dengan doa atau mantera tetapi biografi si mati pada dinding.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.