From Wikipedia, the free encyclopedia
Haji Agus Salim (8 Oktober 1884 - 4 November 1954) ialah salah satu pejuang kemerdekaan Indonesia serta Menteri Luar Negeri dalam Kabinet Amir Syarifuddin I pada 1947 dan Kabinet Mohammad Hatta antara tahun-tahun 1948 hingga 1949. Beliau juga pernah menjadi anggota Volksraad antara tahun 1921 hingga tahun 1924.
Agus Salim | |
---|---|
Menteri Luar Negeri Indonesia ke-3 | |
Dalam jawatan 3 Julai 1947 – 20 Disember 1949 | |
Presiden | Soekarno |
Perdana Menteri | Sutan Syahrir |
Didahului oleh | Sutan Syahrir |
Digantikan oleh | Mohammad Roem |
Wakil Menteri Muda Luar Negeri Indonesia pertama | |
Dalam jawatan 12 Mac 1946 – 3 Julai 1947 | |
Presiden | Soekarno |
Menteri | Sutan Syahrir |
Didahului oleh | Tidak ada, jawatan baru |
Digantikan oleh | Tamsil |
Butiran peribadi | |
Lahir | Masyhudul Haq 8 Oktober 1884 Koto Gadang, Agam, Sumatra Barat, Hindia Belanda |
Meninggal dunia | 4 November 1954 70) Jakarta, Indonesia | (umur
Kerakyatan | Indonesia |
Anak-anak | 8 |
Profesion |
Beliau tersenarai dalam daftar Pahlawan Nasional Indonesia pada tanggal 27 Disember 1961 melalui Keputusan Presiden nombor 657 tahun 1961.[1]
Agus Salim dilahirkan di Koto Gadang, Bukittinggi, Minangkabau dengan nama Masjhoedoelhaq yang membawa pengertian "pembela kebenaran" kepada pasangan Angku Sutan Mohammad Salim dan Siti Zainab;namun nama tersebut ditukar kepada Agus kemudiannya.[2] Ayahnya seorang ketua pendakwah di Pengadilan Tinggi (setaraf Mahkamah Tinggi) Riau.[3]
Selepas tamat pendidikan dasarnya di Sekolah Rendah Europeesche Lagere (ELS), sekolah khusus anak-anak Eropah, Agus Salim melanjutkan pendidikannya di Sekolah Menengah Hoogere Burgerschool (HBS), Batavia dan merupakan pelajar yang terbaik di HBS se-Hindia Belanda. Ayah Agus pernah mencuba dapatkan biasiswa perubatan untuk Agus namun ditolak pihak Belanda yang mengelola pendidikannya. Keadaan ini ada sampai ke pengetahuan Kartini yang juga rakan sekolah Agus; Kartini relanya menyerahkan biasiswanya kepada Agus untuk tujuan ini namun masih juga ditolak pihak Belanda.[4]
Setelah lulus, Salim bekerja sebagai penterjemah dan pembantu notari di sebuah syarikat pelombongan di Indragiri. Pada tahun 1906, Salim bertolak ke Jeddah, Arab Saudi untuk bekerja di Konsulat Belanda di sana. Pada masa inilah Salim dididik oleh Syeh Ahmad Khatib yang merupakan bapa saudaranya.
Salim kemudian terjun ke dalam dunia kewartawanan pada tahun 1915 ketika menyertai akhbar Harian Neratja sebagai Editor II dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Editor. Beliau menikah dengan Zaenatun Nahar dan dikurniakan lapan orang anak. Kegiatannya dalam bidang kewartawanan terus berlangsung sehingga akhirnya menjadi ketua akhbar Hindia Baroe di Jakarta. Salim kemudian mengasaskan akhbar Fadjar Asia dan selanjutnya menjadi editor akhbar Moestika di Yogyakarta . Beliau mengasaskan Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN (AIPO) dan bersamaan dengan ini, terjun ke dalam dunia politik sebagai ketua Sarekat Islam.
Pada tahun 1915, Salim menyertai Sarekat Islam dan menjadi ketua keduanya selepas H.O.S. Tjokroaminoto. Peranannya pada masa perjuangan kemerdekaan Republik Indonesia antara lain termasuk:
Antara tahun-tahun 1946-1950, Salim laksana bintang cemerlang dalam pergolakan politik Indonesia sehingga kerap kali digelar "Orang Tua Besar". Beliau menjawat Menteri Luar Negeri dalam Kabinet Presiden Indonesia dan pada tahun 1950 sehingga akhir hayatnya merupakan Penasihat Menteri Luar Negeri.
Pada tahun 1952, Salim menjadi Ketua Dewan Kehormatan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI). Biarpun pennya tajam dan kritikannya pedas, namun Salim masih mengenal batas-batas dan menjunjung tinggi Kod Etika Kewartawanan.
Setelah berundur daripada dunia politik, Salim mengarang sebuah buku pada tahun 1953 yang berjudul Bagaimana Takdir, Tawakal dan Tauhid harus difahami? yang kemudian diperbaiki menjadi Keterangan Falsafah Tentang Tauhid, Takdir dan Tawakal.
Salim meninggal dunia pada tahun 1954 di Hospital Besar Jakarta dan dimakamkan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.