Aimi Jarr
pelakon dan orang filem Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar bin Puteh (25 Julai 1939 – 10 Mei 2011) merupakan seorang wartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel. Datuk Omar Puteh juga merupakan sub-penyunting di akhbar Utusan Malaysia.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Aimi Jarr | |
---|---|
Kelahiran | Omar bin Puteh (1939-07-25)25 Julai 1939 |
Meninggal dunia | 10 Mei 2011(2011-05-10) (umur 71) |
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Muslim Klang Gate, Hulu Klang |
Pekerjaan | Wartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel. |
Majikan | Utusan Malaysia |
Pasangan | Noriah Ishak |
Anak-anak | 3 |
Tutup
Beliau sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P. Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P. Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media. Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam.[1]