![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/87/Meret_FC_Salzburg_versus_SSC_Napoli.jpg/640px-Meret_FC_Salzburg_versus_SSC_Napoli.jpg&w=640&q=50)
Alex Meret
From Wikipedia, the free encyclopedia
Alex Meret (sebutan bahasa Itali: [ˈaleks meˈret]; lahir 22 Mac 1997) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Itali, Napoli dan pasukan kebangsaan Itali.
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Alex Meret | ||
Tarikh lahir | (1997-03-22) 22 Mac 1997 (umur 27) | ||
Tempat lahir | Udine, Itali[1] | ||
Ketinggian | 1.93 m (6 ka 4 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
Nombor | 1 | ||
Kerjaya remaja | |||
2007–2012 | Donatello Calcio[3] | ||
2012–2015 | Udinese | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2015–2018 | Udinese | 0 | (0) |
2016–2018 | → SPAL (pinjam) | 43 | (0) |
2018– | Napoli | 58 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2012–2013 | Itali B16 | 4 | (0) |
2013–2014 | Itali B17 | 13 | (0) |
2014 | Itali B18 | 2 | (0) |
2014–2016 | Itali B19 | 19 | (0) |
2018– | Itali B21 | 5 | (0) |
2019– | Itali | 2 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:19, 23 Mei 2021 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Mei 2021 |
Meret telah memulakan kariernya pada usia yang muda bersama kelab amatur Donatello Calcio sebelum berpindah ke akademi Udinese pada tahun 2012. Beliau akhirnya diberi peluang melakukan penampilan sulung untuk pasukan senior pada tahun 2015. Beliau seterusnya dipinjam ke SPAL dan membantu pasukannya merangkul kejuaraan Serie B pada tahun 2017. Beliau kemudiannya berpindah ke Napoli pada tahun 2018.
Meret telah mewakili pasukan kebangsaan Itali sejak dari peringkat bawah-16 tahun. Beliau turut mewakili pasukan tanah airnya di peringkat bawah-17, bawah-18, bawah-19 dan bawah-21. Bahkan, beliau turut pernah dipanggil oleh pasukan senior Itali untuk menghadapi beberapa perlawanan antarabangsa.