From Wikipedia, the free encyclopedia
Tentera Bulgaria (Bahasa Bulgaria: Българска армия) adalah angkatan tentera negara Bulgaria. Pemerintah Tertinggi ialah Presiden Bulgaria, yang disandang oleh Rumen Radev semenjak Januari 2017. Kementerian Pertahanan bertanggungjawab terhadap kepimpinan politik manakala pemerintahan keseluruhan tentera kekal ditangan Staf Pertahanan, diketuai oleh Ketua Pertahanan (dulu dipanggil Ketua Turus Am). Terdapat tiga cabang ketenteraan utama Bulgaria, iaitu Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut (istilah "Tentera Bulgaria" merujuk kepada gabungan kesemua tentera mereka).
Tentera Bulgaria Българска армия | |
---|---|
Lambang angkatan tentera | |
Diasaskan | 1878 |
Bentuk kini | 2002 |
Cabang khidmat | Tentera Darat Bulgaria Tentera Udara Bulgaria Tentera Laut Bulgaria |
Ibu pejabat | Sofia |
Kepimpinan | |
Panglima Tertinggi | Presiden Rumen Radev |
Menteri Pertahanan | Georgi Panayotov[1] |
Ketua Pertahanan | Laksamana Emil Eftimov |
Pengerahan | Dimansuhkan pada 2008 |
Kakitangan aktif | 32,000[2] |
Kakitangan simpanan | 3,000[3] |
Kakitangan diatur | Lihat bawah |
Perbelanjaan | |
Bajet | $1.195 bilion (2020)[2] |
Peratusan KDNK | 1.93% (2020)[2] |
Industri | |
Pembekal domestik | TEREM Arsenal AD VMZ Sopot Samel 90 |
Pembekal luar | Jerman Israel Poland Republik Rakyat China Rusia Amerika Syarikat Perancis United Kingdom Former: Kesatuan Soviet Austria-Hungary |
Eksport tahunan | $1.4 billion (2017)[4] |
Rencana berkaitan | |
Sejarah | Perang Rusia-Turki (1877–1878) Perang Bulgaria-Serbia Perang Balkan I Perang Balkan Kedua Perang Dunia I Perang Stray Dog Perang Dunia II Pencerobohan Pakatan Warsaw ke atas Czechoslovakia Perang Iraq Perang di Afghanistan Campur tangan tentera 2011 di Libya |
Pangkat | Pangkat tentera Bulgaria |
Sepanjang sejarah, angkatan tentera telah memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hanya beberapa tahun selepas penubuhannya pada 1878, Bulgaria menjadi kuasa tentera serantau dan telah terlibat dalam beberapa perang besar – Perang Bulgaria-Serbia (1885), Perang Balkan I (1912–13), Perang Balkan Kedua (1913), Perang Dunia I (1915–1918) dan Perang Dunia II (1941–1945), dimana pihak tentera mendapat pengalaman perang yang secukupnya. Semasa Perang Dingin Republik Rakyat Bulgaria mengekalkan salah satu angkatan tentera terbesar dalam Pakatan Warsaw, berjumlah sekitar 152,000 askar pada tahun 1988.[5] Semenjak era kejatuhan Komunisme, para pemimpin politik telah memutuskan untuk mengikuti dasar pro-NATO, oleh itu mengurangkan anggota dan persenjataan tentera. Bulgaria menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara pada 29 Mac 2004 dan pada masa ini [bila?] mengekalkan sejumlah 776 askar kerahan di tiga negara.
Santo penaung Tentera Bulgaria ialah St. George. Hari Angkatan Tentera atau Hari St. George (6 Mei) adalah cuti umum di Bulgaria.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Angkatan Tentera Bulgaria |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.