From Wikipedia, the free encyclopedia
Marsyal Tentera Udara Diraja Arthur William Tedder, Baron Pertama Tedder, GBR (11 Julai 1890 – 3 Jun 1967) adalah seorang panglima kanan Tentera Udara Diraja (RAF). Beliau merupakan seorang juruterbang dan komander dalam Kor Penerbangan Diraja semasa Perang Dunia I dan beliau terus berkhidmat sebagai pegawai kanan Tentera Udara Diraja semasa zaman antara perang dimana beliau bertugas di Turki, Great Britain dan Timur Jauh. Sewaktu Perang Dunia II, selaku Panglima Markas RAF Timur Tengah, Tedder mengarah operasi udara di Mediterranean dan Afrika Utara, termasuk pengosongan Crete dan Operasi Crusader di Afrika Utara. Taktik pengebomannya dikenali sebagai "Tedder Carpet". Kemudian Tedder mengambil alih pemerintahan Markas Udara Mediterranean dan dalam peranan itu terlibat secara rapat dalam merancang Penyerbuan Bersekutu ke atas Sicily dan kemudian Penyerbuan Bersekutu ke atas Itali. Apabila Operasi Overlord—iaitu penyerbuan Perancis—sedang dirancang, Tedder telah dilantik Timbalan Pemerintah Tertinggi di Markas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu dibawah Jeneral Eisenhower. Selepas perang beliau berkhidmat sebagai Ketua Turus Udara, di mana peranan beliau menyokong pengrekrutan yang semakin meningkat ketika menghadapi ramai askar udara meninggalkan perkhidmatan, menggandakan saiz Pasukan Pejuang RAF dan melaksanakan persiapan untuk Angkutan udara Berlin pada tahun 1948. Selepas bersara beliau memegang jawatan kanan dalam bidang perniagaan dan akademik.
Lord Tedder | |
---|---|
Kelahiran | Glengoyne, Scotland | 11 Julai 1890
Meninggal dunia | 3 Jun 1967 76) Banstead, England | (umur
Kesetiaan | United Kingdom |
Perkhidmatan | Tentera Darat British (1913–18) Tentera Udara Diraja (1918–50) |
Tahun perkhidmatan | 1913–1951 |
Pangkat | Marsyal Tentera Udara Diraja |
Arahan | Ketua Turus Udara (1946–50) Tentera Udara Bersekutu Mediterranean (1943–44) Markas Udara Mediterranean (1943) Markas RAF Timur Tengah (1941–43) RAF Timur Jauh (1936–38) No. 2 Maktab Latihan Penerbangan RAF (1924–26) No. 207 Skuadron (1920–23) No. 274 Skuadron (1919–20) No. 38 Wing RAF (1918–19) No. 67 Skuadron (1917–18) No. 70 Skuadron (1917) |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Knight Grand Cross of the Order of the Bath Dipuji Dalam Perutusan (2) Silver Medal of Military Valor (Itali) Order of Polonia Restituta (Poland) Legion of Merit (Amerika Syarikat) Distinguished Service Medal (Amerika Syarikat) Legion of Honour (Perancis) Croix de guerre (Perancis) Croix de guerre (Belgium) |
Tugas lain | Canselor, Universiti Cambridge Naib Pengerusi, Lembaga Gabenor BBC Presiden, Standard Triumph Ltd Timbalan Presiden, National Rifle Association |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.