Marsyal Tentera Udara Diraja

From Wikipedia, the free encyclopedia

Marsyal Tentera Udara Diraja
Remove ads

Marsyal Tentera Udara Diraja (Marshal of the Royal Air Force) adalah pangkat tertinggi didalam Tentera Udara Diraja (RAF) British.[1] Pada masa aman ia telah dianugerahkan kepada para pegawai RAF yang menjadi Ketua Turus Pertahanan (CDS), dan kepada Ketua Turus Udara (CAS) yang bersara, yang telah dinaikkan ke pangkat itu pada hari terakhir perkhidmatan. Sementara marsyal-marsyal RAF yang masih hidup mengekalkan pangkat itu selama-lamanya,[2] pangkat tertinggi yang boleh dicapai pada masa ini ialah Ketua Marsyal Udara. Walaupun kenaikkan pangkat ke Marsyal Tentera Udara Diraja telahpun dihentikan sejak bajet pertahanan British dipotong pada 1990an, kenaikkan pangkat seterusnya masih boleh di buat pada masa perang, untuk anggota Kerabat Diraja dan pegawai udara RAF tertentu yang paling kanan pada masa aman mengikut budi bicara raja; walaubagaimanapun, semua kenaikkan pangkat tersebut pada masa aman hanyalah bersifat kehormat.[3] Pada tahun 2012, Charles, Putera Wales telah dinaikkan ke pangkat itu manakala pada tahun 2014 Lord Stirrup, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Turus Udara dan Ketua Turus Pertahanan selama lebih tujuh tahun, juga telah dinaikkan.

Marsyal Tentera Udara Diraja
Marshal of the Royal Air Force

Thumb
Bendera pemerintah Marsyal RAF Lencana bahu dan jalur lengan Marsyal RAF Plat bintang Marsyal RAF
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatanBendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Kumpulan pangkatPegawai Udara
SingkatanMshl of RAF/MRAF
Diperkenalkan1927
PangkatLima bintang
Kod
NATO
OF-10

Pangkat rendah seterusnya

Ketua Marsyal Udara

Persamaan pangkat tentera lautLaksamana Armada (RN)
Persamaan pangkat tentera daratFil Marsyal (TD)
Thumb
Marsyal Tentera Udara Diraja Sir Hugh Trenchard.

Marsyal Tentera Udara Diraja ialah satu pangkat lima bintang[4] dan tidak seperti pangkat Marsyal Udara, boleh dianggap betul sebagai pangkat Marsyal. MRAF mempunyai kod OF-10 NATO, setaraf dengan Laksamana Armada dalam Tentera Laut Diraja atau Fil Marsyal dalam Tentera Darat British.[5]

Pangkat ini telah dizahirkan pada tahun 1919 dan pegawai pertama yang dinaikkan pangkat ke MRAF ialah Sir Hugh Trenchard pada tahun 1927. Sejak waktu itu, termasuk Trenchard, terdapat seramai 27 orang memegang pangkat ini. Daripada jumlah itu, 22 orang adalah pegawai profesional RAF dan lima lagi adalah anggota kanan Kerabat diraja British. Raja George V secara rasmi tidak memegang pangkat marsyal RAF; sebaliknya baginda menyandang gelaran Ketua Tentera Udara Diraja.[6] Pada kapasiti ini dari masa ke semasa baginda memakai pakaian seragam RAF dengan lencana pangkat marsyal RAF. Baginda secara terbuka mula memakai pakaian seragam ini pada tahun 1935, setahun sebelum kemangkatannya.[7]

Tidak termasuk raja-raja dan anggota lain kerabat diraja, hanya dua pegawai RAF yang pernah memegang pangkat ini dengan tanpa berkhidmat sebagai Ketua Turus Udara iaitu Lord Douglas dari Kirtleside dan Sir Arthur Harris. Kedua-duanya menyandang jawatan tertinggi semasa Perang Dunia II. Harris menjadi Panglima Udara Pasukan Pengebom dan Douglas pula sebagai Panglima Udara Pasukan Pejuang, Markas Timur Tengah dan Pasukan Pantai.

Remove ads

Asal-usul

Sebelum kewujudan gelaran pangkat pegawai RAF pada tahun 1919, ia telah dicadangkan dengan analogi seperti Fil Marsyal, gelaran pangkat tertinggi seharusnya Marsyal Udara. Ia kemudian mengambil keputusan menggunakan pangkat marsyal udara sebagai pangkat yang setaraf dengan Leftenan Jeneral[8] dan "marsyal langit" telah dikemukakan sebagai pangkat tertinggi RAF. Gelaran pangkat baru ini telah ditentang oleh Ketua Turus Am Imperial ketika itu, Sir Henry Wilson, yang menganggap gelaran tersebut sebagai "tidak masuk akal". Namun, Ketua Turus Udara, Sir Hugh Trenchard tidak berganjak dan gelaran tersebut telah diterima pakai. Walaupun tidak pernah disandang oleh pegawai Tentera Udara Diraja, gelaran pangkat marsyal langit berakhir sehingga April 1925, apabila ia ditukarkan kepada marsyal Tentera Udara Diraja.[9] Ketika ditanya dalam Dewan Rakyat, Setiausaha Negara bagi Udara Sir Samuel Hoare menyatakan bahawa alasan untuk menukar gelaran adalah kerana marsyal langit "bersifat agak tidak jelas" dan gelaran baru dianggap lebih sesuai.[10] Juga dilaporkan bahawa Raja George V tidak gembira dengan gelaran marsyal langit, merasakan ia mungkin mengimplikasikan sifat yang sepatutnya dikhaskan untuk Tuhan.[11]

Remove ads

Insignia, bendera pemerintah dan plat bintang

Insignia pangkat mengandungi empat baris sederhana berwarna biru muda (setiap satu pada baris lebih lebar yang berwarna hitam) diatas satu baris berwarna biru muda pada baris lebar berwarna hitam. Insignia ini berasal daripada jalur lengan seorang laksamana armada dan dipakai pada hujung kedua-dua pergelangan lengan tunik atau pada bahu sut terbang atau pakaian seragam perkhidmatan. Marsyal Tentera Udara Diraja memakai papan bahu berserta pakaian perkhidmatan mereka pada upacara istiadat. Lencana bahu ini memaparkan helang pegawai udara yang dikelilingi kalungan bunga, dua baton marsyal bersilang dan, semenjak pertabalan Ratu Elizabeth II, Mahkota St Edward mewakili kuasa diraja.[12] Sebelum tahun 1953, Mahkota Tudor (kadangkala dipanggil Mahkota Raja) telah digunakan.

Bendera pemerintah marsyal Tentera Udara Diraja mempunyai baris lebar melintang berwarna merah di tengah bendera dengan baris sederhana berwarna merah yang mengapit atas dan bawah.

Plat bintang kenderaan bagi marsyal Tentera Udara Diraja memaparkan lima bintang putih (marsyal Tentera Udara Diraja adalah bersamaan dengan pangkat lima bintang) yang berlatar belakangkan warna biru tentera udara.

Insignia pangkat dan bendera wujud di beberapa tentera udara lain untuk pangkat yang setaraf dengannya. Gelaran pangkat sedikit berbeza, sering menjadi variasi pada Marsyal Tentera Udara, biasanya dengan nama tentera udara yang berkenaan bagi menggantikan perkataan 'Tentera Udara Diraja'. Satu contoh ketara amalan ini ialah pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja Australia.

Remove ads

Para Marsyal Tentera Udara Diraja

Maklumat lanjut Tahun kenaikkan, Imej ...
Thumb
Raja George V berpakaian seragam Marshal of the RAF

Tidak seperti MRAF lain yang hanya melepaskan pelantikkan mereka, Sir Peter Harding meletakkan jawatan daripada RAF pada tahun 1994.[43] Oleh itu, namanya tidak lagi boleh didapati dalam Senarai Tentera Udara.[44]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads