From Wikipedia, the free encyclopedia
Asid asetik, apabila berkepekatan rendah dikenali sebagai cuka, ialah asid yang digunakan untuk merawat beberapa keadaan.
Data klinikal | |
---|---|
Nama lain | Cuka |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
Data lesen |
|
Kaedah pemberian | Titisan telinga, pengairan, melalui mulit |
Kod ATC | |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Pengecam | |
| |
Nombor CAS | |
PubChem CID | |
DrugBank | |
ChemSpider | |
UNII | |
KEGG | |
ChEBI | |
ChEMBL | |
Ligan PDB | |
Data kimia dan fizikal | |
Formula | C2H4O2 |
Jisim molar | 60.05 g·mol−1 |
Model 3D (JSmol) | |
| |
|
Sebagai titisan telinga ia digunakan untuk merawat jangkitan pada saluran telinga.[1] Ia boleh digunakan dengan sumbu telinga.[2] Sebagai cecair ia digunakan untuk mengosong pundi kencing pesakit yang menggunakan kateter urinari untuk mencegah jangkitan atau sumbatan.[3] Sebagai gel ia boleh digunakan untuk melaraskan pH di saluran faraj.[4] Ia juga boleh digunakan pada serviks untuk membantu mengesan kanser serviks semasa pemeriksaan.[5]
Kesan sampingan mungkin termasuk kepedihan (seperti terbakar) di tempat yang digunakan.[6] Reaksi alahan mungkin berlaku tetapi jarang.[6] Penggunaan bahan kimia ini tidak digalakkan pada telinga pesakit yang mempunyai lubang pada gegendang telinga.[7] Ia berupaya untuk melawanbakteria dan kulat yang merupakan penyebab untuk jangkitan luaran telinga.[7]
Asid asetik telah digunakan dalam perubatan sejak zaman Mesir Purba.[8][9] Bahan kimia ini ada pada Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[10] Asid asetik lebih biasa digunakan untuk jangkitan luaran telinga di negara membangun berbanding negara maju.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.