Aziz Ishak
wartawan dan ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi ahli politik Malaysia dengan nama yang sama, lihat Aziz bin Ishak.
Bagi wartawan Malaysia dengan nama yang sama, lihat Abdul Aziz Ishak.
Abdul Aziz bin Ishak (7 Oktober 1915 – 23 Jun 1999) merupakan seorang pejuang kebebasan Malaysia, ahli politik dan wartawan.
Fakta Segera Yang Berhormat Haji Abdul Aziz Ishak, Digantikan oleh ...
Yang Berhormat Haji Abdul Aziz Ishak | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kuala Langat, Selangor | |
Dalam jawatan 18 Mei 1963 – 20 Mac 1964 | |
Digantikan oleh | Mohd Tahir Abdul Majid |
Menteri Pertanian dan Koperasi | |
Dalam jawatan 20 Ogos 1959 – 19 Ogos 1963 | |
Digantikan oleh | Khir Johari |
Ahli Parlimen Persekutuan Tanah Melayu untuk Kuala Langat, Selangor | |
Dalam jawatan 19 Ogos 1959 – 17 Mei 1963 | |
Didahului oleh | Konstituensi diwujudkan |
Menteri Pertanian | |
Dalam jawatan 20 Ogos 1957 – 19 Ogos 1959 | |
Menteri Pertanian dan Perikanan | |
Dalam jawatan 9 Ogos 1955 – 19 Ogos 1957 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1915-09-21)21 September 1915 Trong, Perak |
Meninggal dunia | 23 Jun 1999(1999-06-23) (umur 83) Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | Parti Konvensyen Negara Parti Kemerdekaan Malaya |
Pasangan | Wan Samsiah Pa' Wan Teh |
Bapa | Ishak Ahmad |
Saudara | Yusof Ishak (abang) |
Pekerjaan | Bekas Ahli Parlimen |
Tutup
Beliau ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum Perang Dunia II dan adik kepada Presiden Singapura, Yusuf Ishak. Adiknya Rahim Ishak , juga seorang wartawan dan pernah menjadi menteri Kabinet Singapura. Dari 1955-1963, beliau adalah Menteri Pertanian dan Koperasi di bawah Kabinet Menteri Tunku Abdul Rahman.Beliau menjadi tahanan ISA dari 1965-1966 semasa konfrontasi Indonesia.[1]
Abangnya, Tun Yusof Ishak terkenal sebagai seorang wartawan dan pengasas Utusan Melayu dan sebagai Presiden Singapura yang pertama selepas perpisahan Singapura dengan Malaysia pada tahun 1965.[2]