From Wikipedia, the free encyclopedia
Acara badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 yang mengambil tempat di Tokyo berlangsung pada 24 Julai sehingga 2 Ogos 2021. Seramai 172 atlet (86 pemain lelaki dan 86 wanita) mengambil bahagian dalam lima acara: perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, beregu wanita, dan beregu campuran.[1][2]
Peringkat kelayakan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung antara 29 April 2019 hingga 26 April 2020, dan senarai ranking Persekutuan Badminton Dunia pula dijadualkan untuk diumumkan pada 30 April 2020. Namun peringkat kelayakan ini telah ditetapkan semula untuk berlangsung antara 29 April 2019 hingga 6 Jun 2021, dan senarai ranking Persekutuan Badminton Dunia pula telah diumumkan pada 15 Jun 2021 yang digunakan untuk memperuntukkan penyertaan pemain.[3] Sebuah negara boleh menghantar maksimum dua pemain masing-masing dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, jika mereka berada di kedudukan 16 teratas dunia; jika tidak, satu kuota akan diberikan sehingga lengkap senarai 38 pemain. Peraturan yang sama juga digunakan dalam acara beregu, iaitu sebuah negara boleh menghantar maksimum dua pasangan jika mereka berada di kedudukan lapan teratas dunia, sementara negara lain berhak mendapat satu kuota sehingga kuota 16 pasangan teratas dunia lengkap. Terdapat juga beberapa peraturan tambahan iaitu setiap benua perlu diwakili dalam setiap acara, tuan rumah dijamin sekurang-kurangnya satu kuota dalam setiap acara individu, dan menambah beberapa kuota jika pemain memenuhi syarat dalam beberapa acara.
Acara ini diadakan dalam jangka masa 10 hari.[4][5]
P | Pusingan awal | R | R16 | ¼ | Suku akhir | ½ | Separuh akhir | A | Akhir |
Date | 24 Jul | 25 Jul | 26 Jul | 27 Jul | 28 Jul | 29 Jul | 30 Jul | 31 Jul | 1 Ogos | 2 Ogos | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Event | P | M | P | M | P | M | P | M | P | M | P | M | P | T | P | M | T | M | T | M |
Perseorangan lelaki | P | P | R | ¼ | ½ | A | ||||||||||||||
Beregu lelaki | P | ¼ | ½ | A | ||||||||||||||||
Perseorangan wanita | P | R | ¼ | ½ | A | |||||||||||||||
Beregu wanita | P | ¼ | ½ | A | ||||||||||||||||
Beregu campuran | P | ¼ | ½ | A |
Ked. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 2 | 3 | 0 | 5 |
2 | Taipei Cina | 1 | 1 | 0 | 2 |
3 | Indonesia | 1 | 0 | 1 | 2 |
4 | Denmark | 1 | 0 | 0 | 1 |
5 | India | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jepun | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Korea Selatan | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Malaysia | 0 | 0 | 1 | 1 |
Acara | Emas | Perak | Gangsa | |||
Perseorangan lelaki |
Viktor Axelsen Denmark |
Chen Long China |
Anthony Sinisuka Ginting Indonesia | |||
Beregu lelaki |
Taipei Cina Lee Yang Wang Chi-lin |
China Li Junhui Liu Yuchen |
Malaysia Aaron Chia Soh Wooi Yik | |||
Perseorangan wanita |
Chen Yufei China |
Tai Tzu-ying Taipei Cina |
P. V. Sindhu India | |||
Beregu wanita |
Indonesia Greysia Polii Apriyani Rahayu |
China Chen Qingchen Jia Yifan |
Korea Selatan Kim So-yeong Kong Hee-yong | |||
Beregu campuran |
China Wang Yilyu Huang Dongping |
China Zheng Siwei Huang Yaqiong |
Jepun Yuta Watanabe Arisa Higashino |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.