Viktor Axelsen

pemain badminton From Wikipedia, the free encyclopedia

Viktor Axelsen
Remove ads

Viktor Axelsen (lahir 4 Januari 1994 di Odense) merupakan seorang pemain badminton dari Denmark. Beliau pernah memenangi Kejohanan Junior Dunia 2010 dengan mengalahkan wakil Korea, Kang Ji-wok dan menjadi pemain Eropah pertama memenangi gelaran itu. Pada 2011, beliau tewas kepada pemain Malaysia Zulfadli Zulkiffli dan memenangi tempat kedua.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama kelahiran ...
Remove ads

Kerjaya

2010

Pada Oktober 2010 beliau memasuki BWF Super Series dalam acara perseorangan lelaki. Beliau menyertai Super Series Denmark 2010 dengan mengalahkan pemain dari Perancis dan ketika pusingan kedua, beliau bertemu dengan rakan senegaranya, Jan Ø. Jørgensen tetapi tewas dalam dua set.

2011

Axelsen memenangi Kejohanan Junior Eropah, dengan mengalahkan rakan sepasukan Rasmus Fladberg 21-8 17-21 21-13 ketika perlawanan akhir.

2012

Viktor Axelsen hanya sekadar naib juara ketika The Yonex IFB di Paris, tewas kepada Liew Daren 21-18 21-17.

2014

Axelsen memenangi Terbuka Switzerland ketika awal tahun 2014 dan mendapat pingat gangsa ketika bertemu dengan Lee Chong Wei pada separuh akhir ketika Kejohanan Dunia BWF 2014.

Remove ads

Pencapaian

Maklumat lanjut Rank, Tahun ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads