From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Isan atau Bahasa Thai Timur Laut ( autonim : ภาษาลาว / ພາສາລາວ ,ttstts; Bahasa Thai: ภาษาอีสาน ) merujuk kepada sejarahnya ialah salah satu daripada dialek Bahasa Lao di Thailand yang berubah suai menjadi bahasa yang berdiri sendiri. Kekhasan dialek Isan bermula ketika ramai orang-orang Lao yang tidak senang dengan pemerintah penjajah Perancis berpindah ke Timur Laut Thailand. Hal ini berlaku selepas Perang Franco-Siam 1893. Siam sebagai pihak yang kalah perang harus memakbulkan keinginan Perancis mengilhak wilayah-wilayah Sungai Mekong. Terkadang bahasa ini masih dirujuk sebagai Bahasa Lao.[2]
Isan | |
---|---|
Thai Timur Laut, Lao Isan, Thai Lao | |
Asli kepada | Thailand |
Kawasan | Isan (Timur Laut Thailand) penutur bahasa ini juga menyebar ke Bangkok dan bandar-bandar besar lain dalam negeri |
Etnik | Isan (Tai Lao) B2 atau B3 bagi peminat bahasa tempatan dari etnik lain |
Penutur bahasa | 16-21 juta (2023)[1] 22 juta (B1, B2 dan B3, 2013)[1] |
Tai–Kadai
| |
Tai Noi (dahulu) Abjad Thai (sehingga kini) | |
Status rasmi | |
Bahasa minoriti dikenali di | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | tts |
Glottolog | nort2741 |
Bahasa Isan tergolong ke dalam bahagian bahasa Tai Barat Daya termasuk ke dalam rumpun keluarga bahasa Kra-Dai. Ia paling berkait rapat dengan (selain dialek rasmi Lao) dengan bahasa "suku" Tai lain seperti Phu Thai dan Tai Yo. Status bahasa Isan secara rasmi ditakrifkan sebagai salah satu daripada variasi dialek bahasa Thai oleh kerajaan Thailand, sehingga kini ia belum diakui sebagai bahasa sendiri oleh pemerintah Thailand. Bahasa Thai Pusat dan Bahasa Isan saling boleh difahami dengan sedikit kesukaran; dan mempunyai persamaan awam sekitar 80%. Perbezaan bayan kedua bahasa ada pada loghat dan cara menyebut kata yang menyulitkan pemahaman kedua-dua penutur.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.