bahasa yang dituturi di Thailand From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Bahasa Thai (ภาษาไทย phasa thai; IPA:[pʰaːsaːtʰɑj]) atau Bahasa Siam[1] (ภาษาสยาม phasa sayam) adalah bahasa dalam kumpulan cabang Tairumpun bahasa Kra-Dai yang dominan dituturkan orang Thai/Siam serta orang Mon dan Cina di tengah kawasan Thailand dalam rantau Indochina dan Semenanjung Melayu serta kawasan yang berjiranan seperti diaspora di Pantai TimurMalaysia atau sempadan Barat Kemboja. Ia bernada ("tonal language") dan analitik. Bahasa Thai turut memiliki orthografi bahasa dan kaitan hubungan. Penutur bahasa Thai dan bahasa Lao saling faham-memahami dengan mudah.
Logo Wikipedia dalam bahasa Thai yang berisi transkripsi "Wikipedia" (atas) ke dalam ortografi masing-masing dan slogan "Ensiklopedia Bebas" (bawah) yang diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut.
Sampel teks lainnya
Tutup
Ia dipertuturkan oleh 65 juta orang (1990) jika menghitung penutur Thailand Bangkok (sungguhpun yang terkemudian kadang-kala dianggap sebagai dialek berasingan). Thailand Khorat dipertuturkan oleh sekitar 400,000 (1984) di Nakhon Ratchasima; ia menduduki kedudukan linguistik antara Thai Tengah dan bahasa Isan pada penerusan dialek (dialect continuum) dan oleh itu boleh dianggap variasi atau dialek salah satunya. Majoriti penduduk kawasan Isan di Thailand bertutur dalam dialek bahasa Lao yang mempengaruhi dialek Thai Pusat.
Percakapan penduduk tempatan Thai, rakaman suara dari Bangkok
Bahasa Thai Pusat membezakan tiga jenis "tempoh onset suara[en]" bagi konsonan awal, iaitu bersuara, halus (tenuis, tidak bersuara atau berhembus), dan berhembus.
Sedangkan bahasa Melayu membezakan konsonan bersuara /b/ dan tidak bersuara /p/, bahasa Thai juga membezakan konsonan berhembus tidak bersuara /pʰ/ yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu piawai maupun bahasa-bahasa Austronesia. Ini juga terdapat pada konsonan gusi iaitu /d/, /t/, /tʰ/. Konsonan velar pula ada /k/ dan /kʰ/ tetapi tiada /ɡ/, begitu juga konsonan belakang gusi iaitu ada /tɕ/ dan /tɕʰ/ tetapi tiada /dʑ/. (Sebarang konsonan /ɡ/ dan /d͡ʒ/ dari bahasa Inggeris diserap dalam bentuk halus iaitu /k/ dan /tɕ/.)
Dalam setiap petak dalam jadual di bawah, baris pertama adalah simbol Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), baris kedua adalah aksara Thai (jika ada berbilang aksara dalam petak sama maka aksara-aksara berkenaan berkongsi bunyi sebutan). Huruf ห, salah satu daripada dua huruf h, juga digunakan untuk menulis nada-nada tertentu (diterangkan di bawah).
Walaupun bahasa Thai memperoleh 21 bunyi konsonan awal dari kesemua 44 huruf konsonan, namun lain pula konsonan akhir yang mana hanya terdapat lapan bunyi di samping satu 'nirbunyi' yang dipanggil mātrā (มาตรา). Sebagai contoh, huruf บ (/b/) dan ด (/d/) di akhir suku kata hilang suaranya, dan oleh itu masing-masing berbunyi /p/ dan /t/. Semua hentian akhir adalah tidak terlepas[en]. Oleh yang demikian, bunyi akhir /p/, /t/, /k/ masing-masing disebut [p̚], [t̚], [k̚].
Daripada semua huruf konsonan, tidak termasuk ฃ dan ฅ yang sudah lapuk, enam huruf (ฉ ผ ฝ ห อ ฮ) tidak boleh digunakan sebagai akhir, maka 36 huruf yang tinggal digolongkan seperti berikut.
Dalam bahasa Thai, setiap suku kata dilafazkan secara berasingan supaya konsonan dari suku kata bersebelahan langsung tidak kedengaran seperti dalam satu gugus. Bahasa Thai mempunyai corak fonotaktik tertentu yang memaktubkan struktur suku katanya, termasuk gugus konsonan dalam suku kata sama, serta vokal berturut-turut. Dalam kosa kata asli Thai (iaitu tidak termasuk kata serapan) hanya terdapat gugus dua konsonan yang terdiri daripada 11 gabungan, iaitu:
/kr/ (กร), /kl/ (กล), /kw/ (กว)
/kʰr/ (ขร, คร), /kʰl/ (ขล, คล), /kʰw/ (ขว, คว)
/pr/ (ปร), /pl/ (ปล)
/pʰr/ (พร), /pʰl/ (ผล, พล)
/tr/ (ตร)
Jumlah gugus bertambah dengan kata-kata serapan, contohnya: /tʰr/ (ทร) dalam อินทรา (/ʔīn.tʰrāː/, dari bahasa Sanskrit [indrā] Error: {{Lang}}: invalid parameter: |script= (help)) atau /fr/ (ฟร) dalam ฟรี (/frīː/, dari bahasa Inggeris free); akan tetapi, semua ini biasanya hanya terjadi di kedudukan awal suku kata dengan /r/, /l/, atau /w/ sebagai konsonan kedua, dan tidak lebih daripada dua bunyi sekali gus.
Vokal
Di dalam jadual berikut adalah teras-teras vokal yang terdapat dalam bahasa Thai language. Dalam setiap petak ada dua baris, iaitu baris atas yang menyatakan simbol Abjad Fonetik Antarabangsa, dan baris bawah untuk ejaan dalam tulisan Thai, di mana tanda sempang (–) menandakan kedudukan konsonan awal yang disusuli oleh sebutan vokal berkenaan. Sebarang tanda sempang kedua menandakan hadirnya konsonan akhir yang menyusul.
Juga terdapat diftong pembuka dan penutup yang dikupas oleh Tingsabadh & Abramson (1993) sebagai /Vj/ dan /Vw/. Dalam jadual berikut, yang bertanda bintang kadang-kadang tergolong sebagai diftong panjang untuk tujuan menandakan nada:
Maklumat lanjut Panjang, Pendek ...
Panjang
Pendek
Thai
IPA
Thai
IPA
–าย
/aːj/
ไ–*, ใ–*, ไ–ย, -ัย
/aj/
–าว
/aːw/
เ–า*
/aw/
เ–ีย
/ia/
เ–ียะ
/iaʔ/
–
–
–ิว
/iw/
–ัว
/ua/
–ัวะ
/uaʔ/
–ูย
/uːj/
–ุย
/uj/
เ–ว
/eːw/
เ–็ว
/ew/
แ–ว
/ɛːw/
–
–
เ–ือ
/ɯa/
เ–ือะ
/ɯaʔ/
เ–ย
/ɤːj/
–
–
–อย
/ɔːj/
–
–
โ–ย
/oːj/
–
–
Tutup
Di samping itu, terdapat tiga triftong. Sekali lagi, yang bertanda bintang kadang-kadang tergolong panjang untuk tujuan menentukan nada:
Maklumat lanjut Thai, IPA ...
Thai
IPA
เ–ียว*
/iaw/
–วย*
/uaj/
เ–ือย*
/ɯaj/
Tutup
Nada
Lima nada fonemik dalam bahasa Thai baku dibunyikan dengan suku kata /naː/:
Terdapat lima nada fonemik, iaitu tengah, rendah, turun, tinggi, dan naik. Jadual berikut menunjukkan contoh setiap nada fonemik dan realisasi fonetik masing-masing dalam simbol Abjad Fonetik Antarabangsa. Analisis-analisis fonetik dan fonologi bagi realisasi nada Thai telah disediakan oleh Moren & Zsiga (2006)[3] dan Zsiga & Nitisaroj (2007).[4]
Carta nada bahasa Thai
Catatan:
Nilai nada lima tingkat: Tengah [33], Rendah [21], Turun [43], Tinggi [44], Naik [323]. Secara tradisi, nada tinggi tercatat sebagai [44] atau [45]. Demikianlah untuk generasi tua, tetapi generasi muda semakin kerap menyebutnya sebagai [334].[5][6]
Untuk perubahan diakronik nilai nada, sila rujuk Pittayaporn (2007).[7]
Kelima-lima nada hanya terpakai dalam "suku kata hidup", iaitu yang berakhir dengan vokal panjang atau sonoran (/m/,/n/,/ŋ/,/j/,/w/). "Suku kata mati" pula, iaitu yang berakhir dengan hentian (/p/,/t/,/k/) atau vokal pendek, hanya mendapat tiga nada, iaitu rendah, tinggi, dan jatuh. Oleh sebab suku kata yang berakhir dengan vokal pendek mungkin ditutup dengan hentian glotis (lebih-lebih lagi dalam pertuturan lambat), maka semua "suku kata mati" adalah tertutup dari segi fonetik dan oleh itu terkurang nadanya.
Bagi sesetengah kata serapan Inggeris, suku kata tertutup bervokal panjang yang berakhir dengan hentian mempunyai nada tinggi, manakala suku kata tertutup bervokal pendek yang berakhir dengan hentian mempunyai nada turun.
Maklumat lanjut Nada, Nama Thai ...
Nada
Nama Thai
Contoh
Fonemik
Fonetik
Glos
Tinggi
ตรี
มาร์ก
/máːk/
[maːk̚˦˥]
'Marc, Mark' (nama orang)
Tinggi
ตรี
ชาร์จ
/tɕʰáːt/
[tɕʰaːt̚˦˥]
'mengecas' (dari charge)
Turun
โท
เมกอัป
/méːk.ʔâp/
[meːk̚˦˥.ʔap̚˥˩]
'bersolek' (dari make-up)
Turun
โท
แร็กเกต
/rɛ́k.kêt/
[rɛk̚˦˥.ket̚˥˩]
'raket' (dari racket)
Tutup
Remove ads
Tatabahasa
Dari sudut pandangan tipologi linguistik, bahasa Thai boleh dianggap sebagai bahasa analitik[en]. Urutan katanya adalah "subjek-kerja-objek",[8] tetapi subjeknya sering digugurkan. Bahasa Thai adalah bahasa isolatif[en] yang tiada sebarang bentuk morfologi tasrif sama sekali.[9] Kata ganti nama dipilih sesuai dengan jantina dan darjat penutur dan pendengar.
Kata adjektif
Kata adjektif (atau kata sifat) boleh digunakan bagi menerangkan kata nama, kata kerja, atau kata sifat lain.
คน
khon
[kʰōn
อ้วน
uan
ʔûan]
คน อ้วน
khon uan
[kʰōnʔûan]
'orang gemuk'
คน
khon
[khōn
ที่
thi
tʰîː
อ้วน
uan
ʔûan
เร็ว
reo
rēw]
คน ที่ อ้วน เร็ว
khon thi uan reo
[khōntʰîːʔûanrēw]
'orang yang cepat menggemuk'
Ayat perbandingan berbentuk "A X กว่า B" (kwa, [kwàː]), 'A lebih X daripada B'. Kepalingan pula terungkap sebagai "A X ที่สุด" (thi sut, [tʰîːsùt]), 'A paling X'.
เขา
khao
[kʰǎw
อ้วน
uan
ʔûan
กว่า
kwa
kwàː
ฉัน
chan
tɕʰǎn]
เขา อ้วน กว่า ฉัน
khao uan kwa chan
[kʰǎwʔûankwàːtɕʰǎn]
'Dia [lebih] gemuk daripada aku.'
เขา
khao
[kʰǎw
อ้วน
uan
ʔûan
ที่สุด
thi sut
tʰîːsùt]
เขา อ้วน ที่สุด
khao uan {thi sut}
[kʰǎwʔûantʰîːsùt]
'Dia [adalah yang] paling gemuk.'
Kata adjektif boleh digunakan sebagai predikat lengkap. Oleh sebab itu, banyak perkataan yang digunakan untuk menandakan kala kata kerja boleh digunakan untuk menerangkan kata adjektif.
ฉัน
chan
[tɕʰǎn
หิว
hio
hǐw]
ฉัน หิว
chan hio
[tɕʰǎnhǐw]
'Aku lapar.'
ฉัน
chan
[tɕʰǎn
จะ
cha
tɕàʔ
หิว
hio
hǐw]
ฉัน จะ หิว
chan cha hio
[tɕʰǎntɕàʔhǐw]
'Aku akan lapar.'
ฉัน
chan
[tɕʰǎn
กำลัง
kamlang
kāmlāŋ
หิว
hio
hǐw]
ฉัน กำลัง หิว
chan kamlang hio
[tɕʰǎnkāmlāŋhǐw]
'Aku sedang lapar.'
ฉัน
chan
[tɕʰǎn
หิว
hio
hǐw
แล้ว
laeo
lɛ́ːw]
ฉัน หิว แล้ว
chan hio laeo
[tɕʰǎnhǐwlɛ́ːw]
'Aku sudah lapar.'
Perhatian: ฉันหิวแล้ว pada dasarnya bermakna 'Aku sudah lapar' kerana แล้ว ([lɛ́ːw]) lazimnya menandakan perubahan keadaan, tetapi แล้ว mempunyai banyak kegunaan lain. Misalnya, dalam ayat แล้วเธอจะไปไหน ([lɛ́ːwtʰɤ̄ːtɕàʔpājnǎj]): 'Jadi, awak hendak pergi ke mana?', แล้ว ([lɛ́ːw]) digunakan sebagai penanda wacana.
Kata kerja
Kata kerja tidak mengalami sebarang perubahan tasrif. Hubungan antara subjek, objek langsung dan tidak langsung disampaikan melalui urutan kata dan kata kerja bantu. Kata kerja transitif mengikut corak subjek-kerja-objek.
ฉัน
chan
[tɕʰǎn
1SG
ตี
ti
tīː
hit
เขา
khao
kʰǎw]
3SG
ฉัน ตี เขา
chan ti khao
[tɕʰǎntīːkʰǎw]
1SG hit 3SG
'Aku pukul dia.'
เขา
khao
[kʰǎw
3SG
ตี
ti
tīː
hit
ฉัน
chan
tɕʰǎn]
1SG
เขา ตี ฉัน
khao ti chan
[kʰǎwtīːtɕʰǎn]
3SG hit 1SG
'Dia pukul aku.'
Untuk mengungkapkan kala, aspek dan modus[en] (KAM), sistem kata kerja Thai menggunakan kata bantu dan turutan kata kerja.[10][9] Penanda KAM sebenarnya tidak wajib dan sering digugurkan dalam pertuturan bahasa; oleh yang demikian, erti sebenar ditentukan melalui konteks.[10] Ini menyebabkan ayat-ayat yang ketiadaan penanda KAM dan konteks tersurat menjadi tidak jelas ertinya dan tertakluk kepada pelbagai tafsiran.
ฉัน
chan
[tɕʰǎn
กิน
kin
kīn
ที่
thi
tʰîː
นั่น
nan
nân]
ฉัน กิน ที่ นั่น
chan kin thi nan
[tɕʰǎnkīntʰîːnân]
'Aku makan di situ.'
ฉัน
chan
กิน
kin
ที่
thi
นั่น
nan
เมื่อวาน
mueawan
semalam
ฉัน กิน ที่ นั่น เมื่อวาน
chan kin thi nan mueawan
{} {} {} {} semalam
'Aku makan di situ semalam.'
ฉัน
chan
กิน
kin
ที่
thi
นั่น
nan
พรุ่งนี้
phrungni
esok
ฉัน กิน ที่ นั่น พรุ่งนี้
chan kin thi nan phrungni
{} {} {} {} esok
'Aku makan di situ esok.'
Oleh yang demikian, ayat chan kin thi nan boleh ditafsirkan sebagai 'Aku sedang makan di situ', 'Aku selalu makan di situ', 'Aku akan makan di situ' atau 'Aku sudah makan di situ'. Penanda aspek terbahagi kepada empat kumpulan mengikut kegunaan masing-masing.[10] Penanda tersebut boleh hadir sebelum atau selepas kata kerja. Senarai yang berikut adalah antara penanda aspek yang paling umum. Sesetengahnya juga merupakan kata kerja sendiri yang membawa maksud berlainan. Misalnya, yu (อยู่) sebagai kata kerja penuh bermaksud 'berada', 'tinggal' atau 'kekal', tetapi sebagai kata bantu ia boleh disifatkan sebagai penanda aspek yang bersamaan dengan 'masih'.[10]
Penanda aspek imperfektif กำลัง (kamlang, [kām.lāŋ], 'buat masa sekarang') digunakan sebelum kata kerja untuk menandakan perbuatan yang sedang berlangsung (bersamaan dengan 'sedang', 'tengah' dalam bahasa Melayu). Kamlang pada umumnya ditafsirkan sebagai penanda aspek progresif.[11][12] Begitu juga, อยู่ (yu, [jùː]) adalah penanda aspek selepas kata kerja yang bersamaan dengan aspek berlanjutan 'masih'.[10]
เขา
khao
[kʰǎw
กำลัง
kamlang
kām.lāŋ
วิ่ง
wing
wîŋ]
เขา กำลัง วิ่ง
khao kamlang wing
[kʰǎwkām.lāŋwîŋ]
เขา
khao
[kʰǎw
วิ่ง
wing
wîŋ
อยู่
yu
jùː]
เขา วิ่ง อยู่
khao wing yu
[kʰǎwwîŋjùː]
เขา
khao
[kʰǎw
กำลัง
kamlang
kām.lāŋ
วิ่ง
wing
wîŋ
อยู่
yu
jùː]
เขา กำลัง วิ่ง อยู่
khao kamlang wing yu
[kʰǎwkām.lāŋwîŋjùː]
'Dia sedang berlari.'
Penanda ได้ (dai, [dâːj]) biasanya diulas sebagai penanda kala lampau apabila hadir sebelum kata kerja.[9] Sebagai kata kerja penuh, dai bermaksud 'mendapat' atau 'menerima'. Apabila digunakan selepas kata kerja pula, dai membawa maksud kemungkinan atau keberhasilan kata kerja utama, yakni bersamaan dengan 'boleh' atau 'dapat'.[10]
ex:
เขา
khao
[kʰǎw
ได้
dai
dâːj
ไป
pai
pāj
เที่ยว
thiao
tʰîaw
เมือง
mueang
mɯ̄aŋ
ลาว
lao
lāːw]
เขา ได้ ไป เที่ยว เมือง ลาว
khao dai pai thiao mueang lao
[kʰǎwdâːjpājtʰîawmɯ̄aŋlāːw]
Dia telah melawat Laos. (Lampau/Perfektif)
ex:
เขา
khao
[kʰǎw
3SG
ตี
ti
tīː
pukul
ได้
dai
dâːj]
POT
เขา ตี ได้
khao ti dai
[kʰǎwtīːdâːj]
3SG pukul POT
'Dia boleh memukul' atau 'Dia dapat memukul.' (Kemungkinan)
แล้ว (laeo, [lɛ́ːw]; 'sudah') dilayan sebagai penanda aspek sempurna.[11] Dalam erti kata lain, laeo menandakan peristiwanya sebagai sudah selesai pada ketika ia disebut. Laeo juga membawa maksud lain di samping kegunaannya sebagai penanda KAM. Laeo boleh menjadi kata hubung untuk perbuatan berturut-turut, ataupun kata kerja yang bermaksud 'selesai'.
เขา
khao
[kʰǎw
3SG
ได้
dai
dâːj
PST
กิน
kin
kīn]
makan
เขา ได้ กิน
khao dai kin
[kʰǎwdâːjkīn]
3SG PST makan
Dia pernah makan. (Lampau)
เขา
khao
[kʰǎw
3SG
กิน
kin
kīn
makan
แล้ว
laeo
lɛ́ːw]
PRF
เขา กิน แล้ว
khao kin laeo
[kʰǎwkīnlɛ́ːw]
3SG makan PRF
Dia sudah makan. (Sempurna)
เขา
khao
[kʰǎw
3SG
ได้
dai
dâːj
PST
กิน
kin
kīn
makan
แล้ว
laeo
lɛ́ːw]
PRF
เขา ได้ กิน แล้ว
khao dai kin laeo
[kʰǎwdâːjkīnlɛ́ːw]
3SG PST makan PRF
Dia sudah makan. (Lampau/Sempurna)
Kala depan terungkap dengan จะ (cha, [tɕàʔ]; 'akan') sebelum kata kerja, ataupun ungkapan waktu yang menandakan masa depan. Contohnya:
ex:
เขา
khao
[kʰǎw
3SG
จะ
cha
tɕàʔ
FUT
วิ่ง
wing
wîŋ]
lari
เขา จะ วิ่ง
khao cha wing
[kʰǎwtɕàʔwîŋ]
3SG FUT lari
'Dia akan berlari.'
Ragam pasif ditandakan dengan membubuh ถูก (thuk, [tʰùːk]) sebelum kata kerja. Contohnya:
ex:
เขา
khao
[kʰǎw
3SG
ถูก
thuk
tʰùːk
PASS
ตี
ti
tīː]
pukul
เขา ถูก ตี
khao thuk ti
[kʰǎwtʰùːktīː]
3SG PASS pukul
'Dia dipukul.'
Ini menggambarkan perbuatan yang berlaku di luar kawalan penerima dan oleh itu mengungkapkan pengalaman.
Penafian ditandakan dengan perkataan ไม่ (mai, [mâj]; 'tidak') sebelum kata kerja.
เขาไม่ตี, (khao mai ti) 'Dia tidak memukul'.
Bahasa Thai menggunakan kata kerja berturutan (atau kata kerja majmuk). Terdapat beberapa kombinasi kata sering digunakan dan boleh dianggap sebagai ungkapan tetap (set phrase).
ex:
เขา
khao
[kʰǎw
dia
ไป
pai
pāj
pergi
กิน
kin
kīn
makan
ข้าว
khao
kʰâːw]
nasi
เขา ไป กิน ข้าว
khao pai kin khao
[kʰǎwpājkīnkʰâːw]
dia pergi makan nasi
'Dia pergi makan nasi'
ex:
ฉัน
chan
[tɕʰǎn
aku
ฟัง
fang
fāŋ
dengar
ไม่
mai
mâj
tidak
เข้าใจ
khao chai
kʰâwtɕāj]
faham
ฉัน ฟัง ไม่ เข้าใจ
chan fang mai {khao chai}
[tɕʰǎnfāŋmâjkʰâwtɕāj]
aku dengar tidak faham
'Aku tidak faham cakapnya'
ex:
เข้า
khao
[kʰâw
masuk
มา
ma
māː]
datang
เข้า มา
khao ma
[kʰâwmāː]
masuk datang
'Masuk' (perintah)
ex:
ออก
ok
[ʔɔ̀ːk
keluar
ไป!
pai
pāj]
pergi
ออก ไป!
ok pai
[ʔɔ̀ːkpāj]
keluar pergi
'Keluar!'
Kata nama
Kata nama dalam bahasa Thai tidak mempunyai tasrif, gender mahupun kata sandang. Semuanya adalah "kata nama asas[en]" (bare noun) yang boleh ditafsirkan sebagai mufrad, jamak, tentu atau tidak tentu.[13]
Sesetengah kata nama tertentu digandakan untuk membentuk kata kolektif, sama seperti dalam bahasa Melayu; contohnya: เด็ก (dek, 'anak') sering digandakan menjadi เด็ก ๆ (dek dek) untuk membawa maksud sekelompok kanak-kanak.
Perkataan พวก (phuak, [pʰûak]) boleh digunakan sebagai imbuhan awalan pada kata nama atau kata ganti nama untuk membentuk kata kolektif yang menjamakkan atau menegaskan kata akarnya. (พวกผม, phuak phom, [pʰûakpʰǒm], 'kami', disebut oleh kaum lelaki; พวกเราphuak rao, [pʰûakrāw], 'kami/kita', ditegaskan; พวกหมาphuak ma, 'anjing-anjing'). Kata jamak terungkap dengan menambah penjodoh bilangan (ลักษณนาม) seperti dalam bahasa Melayu, tetapi mengikut urutan kata nama-bilangan-penjodoh:
ครู
khru
[kʰrūː
guru
ห้า
ha
hâː
lima
คน
khon
kʰōn]
orang
ครู ห้า คน
khru ha khon
[kʰrūːhâːkʰōn]
guru lima orang
"lima orang guru"
Penjodoh bilangan sentiasa digunakan apabila terdapat kata nama dan bilangan.
Pemilikan terungkap dengan menambah perkataan ของ (khong) sebelum kata nama atau kata ganti nama, tetapi selalunya boleh digugurkan. Contoh:
Frasa nama dalam bahasa Thai sering menggunakan kelas penjodoh bilangan yang khusus. Seperti yang dinyatakan tadi, penjodoh bilangan wajib digunakan apabila kata nama hadir dengan bilangan; contohnya:
Dalam contoh tadi, khon (คน) bertindak sebagai penjodoh bilangan dalam frasa nama. Urutan kata nama-bilangan-penjodoh juga dituruti. Penjodoh bilangan juga diperlukan untuk membentuk frasa nama yang mempunyai kata kuantiti seperti ทุก ('semua', 'setiap'), บาง ('sesetengah'). Contoh-contoh di bawah ditunjukkan menggunakan penjodoh bilangan khon 'orang':
นักเรียน
nak rian
[nákrīan
pelajar
ทุก
thuk
tʰúk
setiap
คน
khon
kʰōn]
CL
{นักเรียน} ทุก คน
{nak rian} thuk khon
[nákrīantʰúkkʰōn]
pelajar setiap CL
"setiap pelajar"
ครู
khru
[kʰrūː
guru
บาง
bang
bāːŋ
sesetengah
คน
khon
kʰōn]
CL
ครู บาง คน
khru bang khon
[kʰrūːbāːŋkʰōn]
guru sesetengah CL
"sesetengah guru"
Akan tetapi, penjodoh bilangan tidak digunakan untuk bilangan negatif (atau ketiadaan). Ketiadaan terungkap dengan corak ไม่มี (mai mi, [mâjmīː]) diikuti kata nama. Penjodoh bilangan juga digunakan untuk ungkapan penunjuk seperti นี้ (ni, [níː]; 'ini') dan นั่น (nan, [nán]; 'itu'); cuma sintaksnya berbeza dari ungkapan bilangan dan mengikut corak kata nama-penjodoh bilangan-penunjuk. Contohnya, frasa nama "anjing ini" diucapkan sebagai หมาตัวนี้ ([mǎːtuːaníː], secara harfiah, 'anjing ekor ini').[15]
Kata ganti nama
Kata ganti nama subjek sering digugurkan, dan ada kalanya digantikan dengan nama timangan. Kata ganti nama diri tersusun mengikut tingkat-tingkat kehormatan perlu dipilih sesuai dengan hubungan kekeluargaan dan darjat antara penutur dan pendengar. Juga terdapat kata ganti nama diri khusus untuk kerabat diraja dan sami Buddha. Yang berikut adalah kata ganti nama kegunaan hari-harian:
aku/saya (terutamanya perempuan; informal) Umum disebut [tɕʰán]
กู
ku
[kūː]
aku (informal/kasar)
หนู
nuu
[nǔː]
saya (disebut oleh perempuan kepada orang tua)[16]
เรา
rao
[rāw]
kami/kita, aku (santai), kamu (kadangkala disebut oleh orang tua kepada orang muda)
คุณ
khun
[kʰūn]
anda (sopan)
ท่าน
than
[tʰâ(ː)n]
anda/tuan (penghormatan tinggi)
แก
kae
[kɛ̄ː]
engkau (informal, dalan kalangan sahabat handai)[17]
เธอ
thoe
[tʰɤ̄ː]
engkau/awak (informal), dia (informal, perempuan)
พี่
phi
[pʰîː]
abang, kakak (taulan tua-tua)
น้อง
nong
[nɔ́ːŋ]
adik (taulan muda-muda)
เขา
khao
[kʰǎw]
dia
มัน
man
[mān]
ia (bukan manusia), dia (santai, mungkin menghina orang terbabit)
มึง
mueng
[mɯ̄ŋ]
engkau (informal/tidak sopan/lucah)
Tutup
Terdapat kata ganti nama refleksif iaitu ตัวเอง (tua eng) yang membawa maksud 'sendiri'. Ini boleh dicampurkan dengan satu lagi kata ganti nama untuk membentuk kata ganti nama kediri[en] (intensive pronoun) seperti ตัวผมเอง (tua phom eng, secara harfiah: 'saya sendiri') atau ตัวคุณเอง (tua khun eng, 'anda sendiri').
Bahasa Thai tidak mempunyai kata ganti milik. Sebaliknya, pemilikan terungkap dengan kata partikel ของ (khong). Contohnya, "ibu saya" disebut แม่ของผม (mae khong phom); frasa milikan menggunakan aturan "D-M" sama seperti bahasa Melayu. Kata ของ selalunya bersifat tersirat, maka frasanya dipendekkan menjadi แม่ผม (mae phom).
Kata ganti diri jamak terbentuk dengan menambah perkataan พวก (phuak) di hadapan kata ganti diri mufrad; contohnya: พวกเขา (phuak khao, 'mereka'), dan พวกเธอ (phuak thoe, 'kau orang') . Satu-satunya yang terkecuali ialah เรา (rao) yang boleh digunakan sebagai mufrad mahupun jamak, tetapi juga terdapat dalam bentuk พวกเรา (phuak rao) yang jamak sahaja.
Bahasa Thai mempunyai banyak lagi kata ganti diri selain daripada yang tersenarai di atas, malah penggunaannya banyak nuansanya.
Partikel
Partikel[id] merupakan perkataan yang dibubuhkan di akhir ayat untuk menandakan penghormatan, galakan atau bermacam-macam suasana, di samping juga menandakan keformalan. Ia tidak digunakan dalam bahasa bertulis formal. Antara partikel paling am yang menandakan penghormatan termasuk ครับ (khrap, [kʰráp], disebut dengan nada tinggi) bagi penutur lelaki, dan ค่ะ (kha, [kʰâʔ], disebut dengan nama turun) bagi penutur perempuan. Dalam ayat pertanyaan atau permohonan, partikel ค่ะ (nada turun) bertukar menjadi คะ (nada tinggi).
Menandakan penegasan. Digunakan dalam konteks kurang formal apabila berbual dengan sahabat handai atau orang muda/bawahan[18]
ละ or ล่ะ
la
[láʔ] or [lâʔ~làʔ]
Menandakan penegasan.
สิ
si
[sìʔ]
Menandakan penegasan atau perintah. Boleh ditafsirkan sebagai arahan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu[18]
นะ
na
[náʔ]
Menandakan penghalusan bahasa; mengungkapkan permintaan atau menjadikan pertuturan kedengaran lebih mesra.
Tutup
Remove ads
Laras bahasa
Bahasa Thai Pusat terdiri daripada beberapa tingkat laras bahasa, setiap satunya untuk konteks sosial berbeza:
Bahasa basahan (ภาษาพูด, phasa phut, 'bahasa tuturan'): tidak formal, tanpa kata sapaan sopan, digunakan dalam kalangan sahabat handai dan sanak-saudara terdekat.
Bahasa simbai (ภาษาเขียน, phasa khian, 'bahasa tulisan'): bentuk bertulis dan rasmi, mempunyai kata sapaan hormat; disiarkan dalam akhbar dalam bentuk ringkas.
Bahasa retorik: digunakan dalam ucapan awam.
Bahasa keagamaan: sarat dengan pengaruh bahasa Sanskrit dan Pāli, digunakan ketika membincangkan hal agama Buddha atau menyapa biku/sami.
Bahasa istana (ราชาศัพท์, racha sap): dipengaruhi oleh bahasa Khmer, digunakan bagi menyapa kerabat diraja atau menerangkan aktiviti mereka.
Kebanyakan rakyat Thai boleh mempertuturkan dan memahami semua konteks dari tingkatan bahasa-bahasa itu. Bahasa basahan maupun simbai merupakan asas kepada segala pertuturan.[19][perlu rujukan] Bahasa retorik, keagamaan dan istana diajar dalam kurikulum kebangsaan dan sekolah.
Penggunaan perbendaharaan kata berubah sesuai dengan penggunaan laras bahasa. Contohnya dalam jadual berikut:
Bersamaan dengan bahasa istana Melayu 'bersantap'.
Tutup
Perbendaharaan kata
Selain daripada kata majmuk dan kata-kata serapan dari bahasa asing, kebanyakan perkataan Thai ekasukuan.
Pernah terdapat pengaruh bahasa Cina yang kuat sehingga abad ke-13 apabila penggunaan aksara Cina diberhentikan dan digantikan oleh aksara Sanskrit dan Pali. Namun demikian, kosa kata Thai mengekalkan banyak perkataan dari bahasa Cina Pertengahan.[20][21][22]
Kemudian, banyak kosa kata diserap dari bahasa Indik (Sanskrit dan Pāli), khususnya peristilahan agama Buddha. Perkataan Indik membawa laras bahasa lebih formal dan boleh diibaratkan dengan perkataan serapan Arab dalam bahasa Melayu. Bahasa Thai juga dipengaruhi oleh bahasa Khmer Kuno[en] terutamanya dari segi peristilahan bahasa istana. Semenjak permulaan abad ke-20, pengaruh asing paling kuat datang dari bahasa Inggeris, khususnya dalam peristilahan moden seperti bidang sains dan teknologi dan hubungan antarabangsa.
Bahasa Thai ditulis dalam aksara Thai, iaitu sebuah sistem tulisan abugida yang ditulis dari kiri ke kanan. Bahasa dan tulisannya serumpun dengan bahasa dan aksara Lao. Kebanyakan penutur Lao yang celik huruf boleh memahami dan membaca bahasa Thai kerana kedua-dua bahasa mempunyai persamaan dari segi lebih separuh kosa katanya dan juga dari segi tatabahasa dan fonologi.
Orang Thai mencipta sistem tulisan sendiri dengan menerima guna dan mengubah suai aksara Khmer. Rata-ratanya sebutan boleh disimpulkan dari tulisan, tetapi ortografinya adalah kompleks kerana terdapat huruf-huruf bisu untuk memelihara ejaan asal, malah terdapat berbilang huruf yang menandakan fonem yang sama. Prasasti dalam bahasa Thai mula muncul sekitar tahun 1292M walhal prasasti Khmer tertua yang diketahui bertarikh 611M. Antara ciri-cirinya ialah:
Merupakan tulisan abugida yang mana vokal tersiratnya[en] adalah /a/ pendek dalam suku kata tanpa konsonan akhir, dan /o/ pendek dalam suku kata berkonsonan akhir. Contoh:
Tanda nada, jika hadir, terletak di atas konsonan onset akhir dalam suku kata.
Vokal yang disebut selepas konsonan awal terletak sebelum, selepas, di atas atau bawah konsonan itu, ataupun di lebih dari satu posisi sekali gus.
Transkripsi
Rencana utama: Perumian bahasa Thai
Tidak terdapat kaedah yang diterima sejagat untuk mentranskripsikan tulisan Thai ke dalam abjad Rumi. Misalnya, nama lapangan terbang utama Bangkok boleh ditranskripsikan sebagai Suvarnabhumi, Suwannaphum, atau Suwunnapoom. Buku panduan, buku teks dan kamus semuanya boleh menggunakan sistem berlainan. Oleh sebab itulah banyak kursus bahasa menyarankan supaya pelajar menguasai tulisan Thai.[25][26][27][28]
Antara piawaian rasmi termasuk Sistem Am Transkripsi Diraja Thai (RTGS) yang diterbitkan oleh Institut Diraja Thailand[en],[29] dan sistem ISO 11940-2[en] yang didefinisikan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO). Sistem RTGS banyak diterima guna oleh kerajaan pusat dan tempatan Thailand, khususnya untuk papan tanda jalan.[30] Kelemahan utamanya adalah tidak menandakan nada atau kepanjangan vokal. Oleh sebab sistem ini berdasarkan lafazan dan bukan ortografi, maka mustahil untuk membina semula ejaan Thai dari perumian RTGS.
Transliterasi
Pertubuhan ISO telah menerbitkan piawaian antarabangsa untuk transliterasi (alih aksara) bahasa Thai kepada tulisan Rumi pada September 2003, iaitu ISO 11940[en].[31] Dengan membubuh tanda diakritik pada huruf-huruf Latin, ia menjadikan transkripsi boleh disongsangkan, dan oleh itu ia merupakan transliterasi sejati. Sistem ini digunakan terutamanya oleh Google Terjemah, tetapi nampaknya tidak kelihatan dalam pelbagai konteks lain seperti buku teks dan bahan-bahan pembelajaran lain.
Remove ads
Nota kaki
อ awal adalah senyap, oleh itu dikira sebagai hentian glotis.
ฃ dan ฅ tidak lagi digunakan, maka bahasa Thai moden dikatakan mempunyai 42 huruf konsonan.
Hentian glotis hadir di hujung apabila tiada konsonan akhir menyusuli vokal pendek