Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun, Seoul
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun (Korea: 조선총독부 청사code: ko is deprecated , Joseon-chongdokbu Cheongsa), juga dikenali sebagai Bangunan Kerajaan Awam dan Capitol Seeoul telah dibina oleh Empayar Japan di tapak Kompleks Gyeongbokgung, istana diraja Joseon, dan merupakan bangunan kerajaan terbesar di Asia Timur. Bangunan Kerajaan Jeneral berkhidmat sebagai bangunan bagi ketua pentadbiran pemerintahan Jepun di Korea dan pejabat Gabenor Jeneral Korea di Keijō dari tahun 1926 hingga 1945. Bangunan Kerajaan Jeneral menjadi tempat banyak peristiwa penting setelah kemerdekaan Korea Selatan pada tahun 1948, menjadi dewan bagi Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan dan menempatkan pejabat bagi Kerajaan Korea Selatan sehingga tahun 1950 apabila ia rosak semasa Perang Korea dan kemudian diabaikan. Presiden Park Chung-hee memulihkan Bangunan Kerajaan Awam itu dari tahun 1962 untuk fungsi-fungsi kerajaan sehingga awal tahun 1980-an dan menempatkan Muzium Negara Korea Selatan dari tahun 1986.
Bangunan Kerajaan Jeneral Jepun | |
---|---|
Nama alternatif | Bangunan Kerajaan Jeneral, Seoul Capitol, Dewan Capitol |
Maklumat umum | |
Status | Dirobohkan |
Gaya seni bina | Neoklasik |
Lokasi | Daerah Jongno, Seoul, Korea Selatan |
Pembinaan bermula | 25 Jun 1916 |
Disiapkan pada | 1 Oktober 1926 |
Dirobohkan pada | 15 Ogos 1995 – 13 November 1996 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Georg De Lalande, Nomura Ichiro |
Hangul | 조선총독부 청사code: ko is deprecated |
---|---|
Hanja | 朝鮮總督府廳舍code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Joseon-chongdokbu Cheongsa |
McCune–Reischauer | Chosŏn-ch'ongdokpu Ch'ŏngsa |
Hangul | 조선총독부 건물code: ko is deprecated |
Hanja | 朝鮮總督府建物code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Joseon-chongdokbu Geonmul |
McCune–Reischauer | Chosŏn-ch'ongdokpu Kŏnmul |
Bangunan Kerajaan Jeneral dirancang secara kontroversi untuk perobohan pada tahun 1993, setelah lama dirasakan menjadi lambang imperialisme Jepun dan menghalang pembinaan semula Gyeongbokgung, dan akhirnya telah dirobohkan dari tahun 1995 hingga 1996.[1]