![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/37/Bilibili%25E5%2585%25AC%25E5%258F%25B8%25E5%25A4%25A7%25E9%2597%25A8.jpg/640px-Bilibili%25E5%2585%25AC%25E5%258F%25B8%25E5%25A4%25A7%25E9%2597%25A8.jpg&w=640&q=50)
Bilibili
tapak perkongsian video / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bilibili (atau bilibili, Cina Ringkas: 哔哩哔哩; Cina Tradisional: 嗶哩嗶哩; pinyin: bīlībīlī ), juga digelar B Site (B站, bertentangan dengan A Site untuk AcFun) di China, merupakan sebuah platform video dalam talian berpangkalan di Shanghai, China. Sejak tahun 2010-an Bilibili mula meluaskan lingkungan penggunanya melebihi sekadar lingkungan animasi, komik, dan permainan video (ACG) yang bersifat terpencil, sehingga kini ia merupakan salah satu platform penstriman yang terulung dengan menyiarkan video atas permintaan seperti filem dokumentari, rancangan aneka ragam, serta pelbagai program asli lain.[7]
bilibili | |
---|---|
![]() Tangkapan layar halaman utama laman sesawang Bilibili | |
Maklumat umum | |
URL | www![]() www |
Eponim | Mikoto Misaka (en) ![]() ![]() |
Jenis perniagaan | Syarikat saham bersama |
Jenis | Platform video dalam talian |
Tersedia dalam | Laman utama:bahasa Cina dengan aksara ringkas dan aksara tradisional Laman antarabangsa: bahasa Inggeris, bahasa Thai, bahasa Vietnam, bahasa Indonesia[lower-alpha 1], bahasa Melayu |
Senarai bahasa Laman utama:bahasa Cina dengan aksara ringkas dan aksara tradisional Laman antarabangsa: bahasa Inggeris, bahasa Thai, bahasa Vietnam, bahasa Indonesia[lower-alpha 2], bahasa Melayu | |
Ditubuhkan | 26 Jun 2009 ![]() |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik |
|
Pengasas | Xu Yi(Nama pengguna Bilibili: ⑨bishi, 碧诗) |
Pengerusi/presiden | Chen Rui[2] |
CEO | Chen Rui |
Orang penting | Naib Pengerusi, Ketua Pegawai Operasi:Li Ni |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Platform video dalam talian, Permainan mudah alih, Penstriman langsung, Komik, Perdagangan elektronik |
Keluaran | Laman video layar komen berpeluru ![]() |
Sokongan IPv6 | Ya |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Tidak diwajibkan (diperlukan untuk tujuan memuat naik dan menyukai video, serta menambah komen dan menonton video beresolusi tinggi) |
Pengguna | 310 juta(Mei 2022) |
Dilancarkan pada | 26 Jun 2009; 14 tahun yang lalu (2009-06-26) |
Status terkini | aktif |
Pelantar disokong | IOS dan Android ![]() |
Lesen | Hak cipta milik pengarang Atribusi, bukan komersial, tiada terbitan Kecuali kandungan bertanda "Tiada pengeluaran semula"[3] |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | Dunia:6 Templat:CHNMLD:2 ![]() ![]() (5 April 2022) [4] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Bangunan 3, Pusat Guozheng, No. 485 Jalan Zhengli, Daerah Yangpu, Shanghai, 200433, Republik Rakyat China |
Kawasan diberi khidmat | Di serata dunia |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
![]() Lobi aras tanah Shanghai Huandian Information Technology Co., Ltd. | |
Dinamakan sempena | Mikoto Misaka ![]() |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Perusahaan terbuka |
Didagangkan sebagai | NASDAQ: BILI HKEX: 9626 |
ISIN | US0900401060 ![]() |
Industri | Internet, industri permainan video ![]() |
Ditubuhkan | 26 Jun 2009 ![]() |
Ibu pejabat | Bangunan 3, Pusat Guozheng, No. 485 Jalan Zhengli, Daerah Yangpu, Shanghai, 200433, Republik Rakyat China |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Chen Rui |
Keluaran | Laman video layar komen berpeluru ![]() |
Hasil | 19.38 bilion Yuan(tahun 2021) |
Pendapatan kendalian | -6.429 bilion Yuan(tahun 2021) |
Pendapatan bersih | -6.809 bilion Yuan(tahun 2021)[5] |
Jumlah aset | 47.91 bilion Yuan(tahun 2021) |
Jumlah ekuiti | 19.47 bilion Yuan(tahun 2021) |
Bilangan kakitangan | lebih sepuluh ribu[6] |
Anak syarikat | Hongkong Huandian Limited Hongkong Bilibili Limited Shanghai Bilibili Technology Co., Ltd Huandian (Shanghai) Limited |
Tapak web | ir![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Bilibili menawarkan video dari pelbagai genre, termasuk anime, muzik, tarian, sains dan teknologi, hiburan, filem, drama, fesyen, kehidupan harian dan permainan video. Pada masa yang sama Bilibili juga terkenal dengan kepelbagaian video parodi gaya kuso (yakni, video bercirikan jujukan "meme") yang dimuat naik oleh pencipta kandungan subbudaya. Bilibili menyediakan perkhidmatan penstriman langsung supaya penonton dapat berinteraksi dengan penstrim kandungan itu secara langsung. Selain itu, Bilibili juga menawarkan permainan video mudah alih, yang kebanyakannya bertemakan ACG seperti Fate/Grand Order versi bahasa Cina.
Bilibili juga terkenal dengan sistem komen tatalan sari kata berpeluru, yang dikenali sebagai danmu (弹幕) atau "tirai peluru".[8]
Pengasas Bilibili, Xu Yi (Bahasa Cina :徐逸; pinyin: Xú Yì , dengan nama pengguna Bilibili "⑨bishi"), mencipta laman web prototaip bernama Mikufans.cn setelah tamat pengajian kolej selama tiga hari. Dia melancarkan semula laman sesawang tersebut pada 24 Januari 2010 dengan nama Bilibili.[9] Kemudian pada tahun 2011, dia mendirikan sebuah syarikat pemula bernama Hangzhou Huandian Technology Co., Ltd.[10], untuk mengurus pengembangan dan operasi Bilibili. Sejak November 2014, Chen Rui (陈睿) telah menjadi CEO dan Ketua Dewan Bilibili.[11]
Pada tahun 2015, laman Bilibili dianggarkan telah memberi khidmat kepada lebih dari 50 juta pengguna dengan 75% daripadanya berumur kurang dari 24 tahun.[12] Hasil kajian suku tahunan yang dikeluarkan pada S3 2021 menunjukkan bahawa platform syarikat tersebut telah berkembang dengan memberi khidmat kepada sekitar 237 juta pengguna aktif setiap bulan.[13] Pada suku ketiga 2022, bilangan purata pengguna aktif bulanan mencecah kira-kira 332.6 juta, termasuk 28.5 juta pengguna berbayar.[14]