From Wikipedia, the free encyclopedia
British American Tobacco plc (atau dikenali secara tidak rasmi sebagai BAT) ialah syarikat tembakau perbadanan multinasional British yang bertempat di London, United Kingdom.[3] Ia merupakan syarikat tembakau yang terbesar di dunia.[4]
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam berhad |
---|---|
Didagangkan sebagai | LSE: BATS |
ISIN | GB0002875804 |
Industri | Tembakau |
Pendahulu | Ardath Tobacco Company Tobacco Securities Trust Rothmans |
Ditubuhkan | 1902 |
Pengasas | James Buchanan Duke |
Ibu pejabat | London, United Kingdom |
Kawasan perkhidmatan | Antarabangsa |
Tokoh penting | Richard Burrows (Pengerusi) Nicandro Durante (Ketua Eksekutif) |
Keluaran | Rokok |
Hasil | £15.190 billion (2012)[1] |
Pendapatan kendalian | £5.412 billion (2012)[1] |
Pendapatan bersih | £4,122 juta (2012)[1] |
Bilangan kakitangan | 55,000+ (2012)[2] |
Anak syarikat | Tekel Bentoel Group Gelora Djaja (40%) Souza Cruz Niemeyer |
Tapak web | www.bat.com |
sunting · sunting di Wikidata |
BAT mempunyai kedudukan utama di lebih 50 negara dan operasi di sekitar 180 negara.[2][5] Empat jenama paling larisnya ialah jenama asalnya Dunhill dan jenama AS Lucky Strike, Kent dan Pall Mall. Jenama lain yang termasuk dalam pasaran syarikat Benson & Hedges dan Rothmans.
BAT mempunyai penyenaraian utama di Bursa Saham London dan merupakan penyusun Indeks FTSE 100. Ia mempunyai senarai sekunder di Bursa Saham Johannesburg, di Nairobi Securities Exchange dan Bursa Saham Zimbabwe.
Pada 14 September 2021, Dalam laporan yang diterbitkan oleh The NGO stop, NGO tersebut menuduh British American Tobacco telah mengagihkan lebih dari $ 600,000 dalam bentuk wang tunai, kereta atau sumbangan kempen kepada puluhan ahli politik, perundangan, penjawat awam, wartawan dan pekerja syarikat pesaing antara tahun 2008 dan 2013.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.