![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/20/Aplysina_archeri_%2528Stove-pipe_Sponge-pink_variation%2529.jpg/640px-Aplysina_archeri_%2528Stove-pipe_Sponge-pink_variation%2529.jpg&w=640&q=50)
Bunga karang
haiwan di bawah filum Porifera / From Wikipedia, the free encyclopedia
Bunga karang atau lumut karang merupakan sekumpulan haiwan di bawah filum Porifera.[2] Haiwan-haiwan ini merupakan organisma multisel berbadan penuh lubang dan liang yang membenarkan pengaliran air yang menerobos, serta terdiri daripada mesohil seakan-akan jeli yang terapit antara dua lapisan sel yang nipis. Kebanyakan spesies bunga karang menduduki meliputi zon pasang surut laut sehingga ke kedalaman yang melebihi 8,800 meter.
Bunga karang | |
---|---|
![]() | |
Aplysina archeri | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | Porifera |
Kelas | |
|
Ia mempunyai sel-sel yang tidak dikhususkan yakni boleh berubah menjadi sel pelbagai fungsi yang selalu berpindah antara lapisan sel utama dan mesohil dalam satu proses. Ia tidak mempunyai sistem saraf, sistem penghadaman mahupun sistem peredaran. Sebaliknya, kebanyakan haiwan ini bergantung kepada pengekalan aliran air yang berterusan melalui badan untuk mendapatkan makanan dan oksigen dan mengeluarkan bahan buangan.