daerah di Kedah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Baling (Jawi: باليڠ) ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, Kuala Muda di sebelah barat, Sik di utara, negeri Perak di sebelah tenggara dan negara Thailand di sebelah timur laut. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 1,530 kilometer persegi dan menjadi daerah yang kedua terbesar di Kedah selepas daerah Sik.
Daerah Baling باليڠ | |
---|---|
Lokasi Daerah Baling di Malaysia | |
Koordinat: 5°40′N 100°55′E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Pusat | Baling |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Baling |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Mohd Shahadan Abdullah |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,530 km2 (590 batu persegi) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 142,643 |
• Kepadatan | 93/km2 (240/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dinilai) |
Poskod | 09xxx |
Kod panggilan | +6-044 |
Nombor plat kenderaan | K |
Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong yang telah dikepung oleh rakyat kerana tabiatnya yang gemar memakan darah manusia. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.
Nama Baling juga dikaitkan dengan orang Siam dan Burma yang berhijrah ke daerah ini kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka juga telah menjalankan aktiviti pertanian di kawasan ini. Namun pada suatu hari, kebun mereka telah diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka lalu kembali ke Gunung Balik. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".
Terdapat lapan mukim di daerah Baling iaitu:[3]
Daerah Baling ditadbir oleh Majlis Daerah Baling yang berpusat di Bandar Baling.
Daerah Baling dirangkumi satu kawasan persekutuan iaitu Baling dan tiga kawasan negeri iaitu Bayu, Kupang dan Kuala Ketil.
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Baling ialah seramai 142,643 orang dengan kepadatan penduduk 93 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah Baling merupakan Bumiputera, dengan peratusan 92.1 peratus daripada jumlah penduduk.[2]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Bumiputera | 128,748 |
Cina | 4,218 | |
India | 4,517 | |
Lain-lain | 2,265 | |
Bukan warganegara | - | 2,895 |
Jumlah | 142,643 |
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Baling. Terdapat sebanyak 78 buah sekolah di daerah ini, iaitu 44 buah sekolah kebangsaan (SK), 18 sekolah jenis kebangsaan (SJK), 12 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), dua buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sebuah sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sebuah sekolah model khas.[4] Daerah Baling juga mempunyai 11 buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.