Darwin, Wilayah Utara

From Wikipedia, the free encyclopedia

Darwin, Wilayah Utaramap

Darwin (/ˈdɑːrwn/ ( dengar) DAR-win; bahasa Laragiya [en]: Garramilla)[8] adalah ibu kota Wilayah Utara di Australia. Dengan seramai 139,902 penduduk mengikut bancian 2021, Darwin mengandungi majoriti penduduk Wilayah Utara yang sedikit sahaja penduduknya.[1]

Fakta Segera Darwin GarramillaWilayah Utara, Koordinat ...
Darwin
Garramilla
Wilayah Utara
Thumb
Pemandangan Darwin dari Bayview (2015)
Koordinat12°26′17″S 130°50′28″E
Penduduk139,902 (2021)[1] (ke-17)
 • Kepadatan44.2196/km2 (114.5283/sq mi)
Ditubuhkan1869
Kawasan3,163.8 km2 (1,221.6 sq mi)[2] (2011 urban)
Zon masaACST (UTC+9:30)
Lokasi
Purata suhu maks Purata suhu min Hujan tahunan
32.2 °C
90 °F
23.4 °C
74 °F
1,811.7 mm
71.3 in
Tutup

Darwin merupakan ibu negeri Australia yang paling kecil, paling lembap dan paling di utara. Ia terletak dekat sekali dengan Asia Tenggara, maka ia menjadi penghubung utama antara Australia dan negara-negara seperti Indonesia dan Timor Leste. Lebuh Raya Stuart [en] bermula di Darwin, menjangkau ke arah selatan merentasi pusat Australia melalui Tennant Creek [en] dan Alice Springs [en], dan berakhir di Port Augusta, Australia Selatan [en]. Bandarnya terbina pada cenderung pamah yang memandang ke arah Darwin Harbour [en]. Kawasan subbandar Darwin bermula di Lee Point [en] dan menjangkau ke Berrimah di timur. Lebuh Raya Stuart menjangkau ke bandar satelit Darwin di sebelah timur iaitu Palmerston [en] dan subbandarnya.

Kawasan Darwin mengalami iklim tropika yang terdiri daripada musim tengkujuh dan kemarau. Tempoh menjelang musim tengkujuh yang digelar "the build up" oleh penduduk tempatan menyaksikan peningkatan suhu dan kelembapan. Musim tengkujuh Darwin biasanya tiba dalam akhir November hingga awal Disember dan membawa curahan monsun lebat, pancaran kilat yang hebat dan peningkatan aktiviti siklon (taufan).[9] Pada musim kemarau pula, Darwin menikmati langit cerah dan angin laut sepoi-sepoi dari pelabuhan.

Suku peribumi Larrakia [en] merupakan pemilik tradisional kawasan Darwin, malah sejumlah besar penduduk Darwin terdiri daripada suku peribumi (Aboriginal). Pada 9 September 1839, kapal HMS Beagle tiba di Darwin Harbour sewaktu menjalankan tinjauan di kawasan terbabit. John Clements Wickham [en] menamakan kawasan berkenaan "Port Darwin" sempena bekas rakan sekapalnya Charles Darwin yang menaiki Beagle dalam pelayaran yang sejurus sebelum ini. Penempatan di situ menjadi pekan Palmerston pada tahun 1869, kemudian ditukar kepada Darwin pada 1911.[10] Bandarnya telah dibina semula sepenuhnya sebanyak empat kali ekoran kemusnahan akibat bencana taufan pada tahun-tahun 1897 [en], 1937 [en], serangan udara Jepun ketika Perang Dunia Kedua [en], dan Siklon Tracy pada tahun 1974.[11][12]


Bandar kembar

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.