From Wikipedia, the free encyclopedia
Mirage 2000 adalah sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan yang dikeluarkan oleh firma Dassault Aviation, Perancis. Pesawat ini telah direka pada lewat 1970-an sebagai sebuah pesawat pejuang ringan untuk Armée de l'Air. Pesawat ini telah berkembang menjadi sebuah pesawat pelbagai peranan yang berjaya dan pada masa ini digunakan di 9 buah negara dengan lebih 600 buah pesawat Mirage telah dibina.
Mirage 2000 | |
---|---|
Peranan | Pesawat Tempur Pelbagai Peranan |
Pengeluar | Dassault Aviation |
Penerbangan sulung | 10 Mac 1978 |
Diperkenalkan | Jun 1984 |
Pengguna utama | Tentera Udara Perancis Tentera Udara India Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu Tentera Udara Republik China |
Jumlah dibina | 611 buah |
Kos seunit | AS$ 23 juta |
Dibangunkan dari | Dassault Mirage III |
Kelainan | Dassault Mirage 2000N/2000D Dassault Mirage 4000 |
Program Avion de Combat Futur (ACF) telah dibangunkan untuk Tentera Udara Perancis pada awal 1970-an. Program ACF dibatalkan pada 18 Disember 1975 disebabkan oleh kos yang semakin meningkat dan tahap kerumitan projek, Dassault telah menawarkan pesawat Mirage 2000 sebagai alternatif. Rekabentuknya menyamai generasi pertama pesawat Mirages, dengan pemasangan beberapa inovasi terkini bagi menyelesaikan kekurangan pesawat terdahulu.
Pembangunan pesawat kecil ini juga memberi saingan kepada pesawat General Dynamics F-16 Fighting Falcon, yang mana telah mengalahkan Dassault Mirage F1 dalam pertandingan bagi membekalkan pesawat kepada tentera-tentera udara Belgium, Denmark, Belanda dan Norway.
Pesawat prototaip Mirage 2000 yang dipandu oleh juruterbang ujian Jean Coreau telah melakukan penerbangan sulung pada 10 Mac, 1978 . Dengan menggunakan teknologi-teknologi terbaru, pesawat prototaip yang menggunakan kerangka pesawat Mirage III ini berjaya diterbangkan dalam jangkamasa 27 bulan dari tarikh program bermula.
Di Pameran Udara Farnbourgh 1978, selain mempamerkan keupayaan pemanduan yang menakjubkan, pesawat ini juga boleh dikawal dengan baik pada kelajuan 204 km/j dan sudut serangan 26°. Pergerakkan seperti ini diluar jangkaan bagi sebuah pesawat pejuang bersayap delta, dan telah membuktikan bagaimana kawalan CCD berupaya untuk mengatasi kelemahan pesawat sayap delta yang berkaitan dengan kelemahan kawalan pada kelajuan rendah, sementara pada masa yang sama mengekalkan kelebihannya, seperti daya seretan rendah, low RCS, aerodinamik pada kelajuan tinggi yang ideal dan keringkasan, provided by the absence of horizontal tail surfaces. Pesawat Mirage 2000 merupakan salah satu tumpuan dalam pameran udara tersebut dan menjadi pesaing utama bagi pesawat F-16 Fighting Falcon, yang mana berkongsi kawalan CCD dan kestabilan santai[1]. 02 Prototype followed in 18 September 1978 and 03 in 26 September 1979. Selepas 400 jam penerbangan, pesawat-pesawat ini telah dihantar ke CEV (Centre Experimental du Vol). 04 Prototype adalah sebuah pesawat penunjuk yang dibina oleh Dassault untuk tujuan mereka sendiri, dan akhirnya pesawat dua tempat duduk pertama M.2000B berjaya melakukan penerbangan sulung pada 11 Oktober 1980.
Contoh pesawat pengeluaran pertama telah membuat penerbangan sulung pada 20 November, 1982 dan memasuki perkhidmatan operasi pada tahun 1984. Secara praktikal, pesawat ini masih merupakan pesawat pra-pengeluaran disebabkan kerana ia tidak memiliki peluru berpandu SARH (radar RDM-1) dan model pertama SNECMA 'Super Atar'. M-53-2. Pesawat Mirage 2000 terakhir telah dihantar pada 23 November, 2007.[2]
Penggunaan pesawat Mirage 2000 dalam Tentera Udara Perancis dijangka akan digantikan dengan pesawat Dassault Rafale, yang mana telah digunakan oleh tentera udara pada 27 Jun, 2006. Pengeluaran pesawat Mirage 2000 telah dihentikan pada November 2007 setelah penghantaran terakhir pesawat dibuat kepada Tentera Udara Greece.
Pesawat Mirage 2000 Perancis dan Emiriah Arab Bersatu digunakan semasa dalam operasi Perang Teluk, walaupun terlibat dalam aksi pertempuran kecil.
Pesawat Mirage 2000 Perancis terlibat secara aktif dalam operasi udara PBB dan NATO ke atas bekas Yugoslavia. Sebuah pesawat Mirage telah ditembak jatuh di Bosnia oleh peluru berpandu permukaan ke udara panduan haba yang ditembak oleh Tentera Darat Republik Srpska semasa Operasi Deliberate Force pada tahun 1995, dan dengan pantas telah memacu usaha untuk meningkatkan sistem pertahanan diri.
Pada 10 October 1996, pesawat Mirage 2000 Tentera Udara Greek telah melepaskan peluru berpandu R550 Magic 2 dan berjaya menembak jatuh pesawat F-16D (nombor siri 91-0023) Tentera Udara Turki di Lautan Aegean, satu-satunya kehilangan pesawat F-16 dalam pertempuran udara yang disahkan. Juruterbang pesawat F-16 telah meninggal dunia manakala pembantu juruterbang berjaya melenting keluar dan diselamatkan oleh angkatan tentera Greek.
Pesawat Mirage 2000D Tentera Udara Perancis juga terlibat di Afghanistan dalam tahun 2001-2002, beroperasi bersama-sama dengan tentera antarabangsa dan melakukan serangan tepat dengan menggunakan bom panduan laser (LGB).
Pada musim panas 2007, selepas pesawat pejuang Rafale dikeluarkan dari medan pertempuran, 3 buah pesawat Mirage 2000 Perancis telah diaturgerak ke Afghanistan untuk menyokong pasukan NATO.
Perang Kargil 1999: India telah menugaskan peranan serangan nuklear kepada angkatan pesawat Mirage 2000. Pada 1999 apabila Konflik Kargil meletus, kesemua pesawat buatan Rusia dalam perkhidmatan Tentera Udara India iaitu (MiG-21, MiG-23, MiG-27) menghadapi masalah beroperasi di altitud tinggi atau diancam oleh sistem MANPAD musuh Pesawat Mirage 2000 membuktikan ia merupakan sebuah pesawat ideal untuk tujuan pengeboman di aras tinggi. Mirage 2000 telah melakukan tugas yang baik sepanjang konflik, walaupun pesawat Mirages yang dibekalkan kepada India memiliki keupayaan larangan udara terhad dan telah banyak diubahsuai untuk melepaskan bom jatuhan bebas dan bom panduan laser. 2 skuadron pesawat Mirage telah membuat sejumlah 515 kali penerbangan, dan dalam 240 misi serangan telah menjatuhkan 55,000 kg bom. Kesenangan penyelenggaraan dan kadar kekerapan yang tinggi menjadikan Mirage 2000 salah sebuah pesawat pejuang yang cekap dalam Tentera Udara India semasa konflik ini.
Pesawat Mirage 2000 pertama yang memasuki perkhidmatan adalah pesawat pemintas versi satu tempat duduk Mirage 2000C. Terdapat empat buah pesawat prototaip satu tempat duduk termasuk pesawat prototaip Mirage 2000 asal. Pesawat pengeluaran Mirage 2000C pertama diterbangkan pada November 1982. Penghantaran bermula pada 1983. Skuadron operasi pertama yang ditubuhkan pada 1984, iaitu semasa sambutan ulang tahun ke-50 Tentera Udara Perancis. Sejumlah 124 buah Mirage-2000C telah diperoleh oleh Tentera Udara Perancis.
37 buah pertama pesawat Mirage 2000C yang dihantar telah dipasang dengan radar Thomson-CSF RDM (radar Doppler pelbagai fungsi) dan dijanakuasa oleh enjin turbofan SNECMA M53-5. Pesawat Mirage 2000C ke-38 memiliki enjin turbofan SNECMA M53-5 P2 yang ditingkat upaya. Radar Doppler Impulse (RDI) yang dibina oleh Thales tidak digunakan sehingga 1987.
Tingkat upaya terkini termasuk:
Mirage 2000B merupakan hasil dari penukaran daripada pesawat latihan dua tempat duduk yang mana telah membuat penerbangan sulung pada 11 Oktober, 1980. AdA telah memesan 30 buah Mirage 2000B, dengan kesemua tiga sayap pejuang AdA memperolehi beberapa buah pesawat bagi tujuan latihan peralihan.
Mirage 2000N adalah versi serangan nuklear yang mana dibangunkan untuk membawa peluru berpandu nuklear pelancaran jauh Aerospatiale Air-Sol Moyenne Portee (ASMP). Ujian penerbangan awal pada dua buah pesawat prototaip bermula pada 3 Februari, 1983, dan telah memasuki perkhidmatan operasi pada tahun 1988. Sejumlah 75 buah pesawat telah dibina.
Pada penghujung 1980-an, Mirage 2000 semakin berusia jika dibandingkan dengan model terkini pesawat pejuang F-16 Fighting Falcon Amerika Syarikat. Oleh itu, Thomson-CSF memulakan kerja dengan dana persendirian bagi meningkat upaya pesawat Mirage 2000C yang kemudian dinamakan sebagai Mirage 2000-5. Pesawat prototaip dua tempat duduk Mirage 2000B telah diubahsuai secara ekstensif bagi menghasilkan prototaip pertama Mirage 2000-5. Pesawat prototaip ini telah melakukan penerbangan sulung pada 24 Oktober, 1990.
Perancis | ||
---|---|---|
Versi | Kegunaan | Jumlah |
2000C | Pejuang satu tempat duduk | 124 |
Updated to 2000-5F specs | 37 | |
2000D | 2 tempat duduk – serangan konvensional | 86 |
2000N | 2 tempat duduk – serangan nuklear | 75 |
2000B | Dua tempat duduk dengan kit 2000C | 30 |
Jumlah | 315 | |
India | ||
2000H | Setanding dengan 2000_5 | 52 |
2000D | 10 | |
2000TH | Latihan 2 tempat duduk | 7 |
Jumlah | 69 | |
Emiriah Arab Bersatu | ||
2000EAD | Pelbagai peranan - satu tempat duduk | 22 |
2000-9 | Satu tempat duduk | 20 |
2000-9D | 2 tempat duduk - latihan | 12 |
2000RAD | Unique reconnaissance variant | 8 |
2000DAD | 2 tempat duduk - latihan | 6 |
Jumlah | 68 | |
Republik China | ||
2000-5EI | Sama dengan 2000-5 | 48 |
2000-5DI | Sama dengan 2000-5D | 12 |
Jumlah | 60 | |
Yunani | ||
2000EG | Sama dengan 2000C | 11 |
2000-5 Mk 2 | Pejuang pelbagai peranan | 25 |
2000BG | Latihan 2 tempat duduk | 8 |
Jumlah | 44 | |
Mesir | ||
2000EM | Sama dengan 2000C | 16 |
2000BM | Latihan 2 tempat duduk | 4 |
Jumlah | 20 | |
Qatar | ||
2000-5EDA | Pejuang satu tempat duduk | 9 |
2000-5DDA | Latihan 2 tempat duduk | 3 |
Jumlah | 12 | |
Peru | ||
2000P | Pejuang pelbagai peranan - satu tempat duduk | 10 |
2000DP | Latihan 2 tempat duduk | 2 |
Jumlah | 12 | |
Brazil | ||
2000C | Pejuang satu tempat duduk | 10 |
2000B | Latihan 2 tempat duduk | 2 |
Jumlah | 12 |
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.