HAL Tejas
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
HAL Tejas (Sanskrit: तेजस् (bantuan·maklumat): "Radiance") merupakan sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan yang dibangunkan oleh India. Ia merupakan sebuah pesawat yang tidak mempunyai satah ekor,[1] bersayap delta yang dengan satu enjin. Pada asalnya, ia dikenali sebagai Pesawat Tempur Ringan (PTR) – satu designasi yang masih popular digunakan – pesawat ini kemudian secara rasminya dinamakan sebagai "Tejas".[2] oleh Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee pada 4 Mei 2003.[3]
Siri pengeluaran terhad pesawat Tejas bermula pada 2007; ia kini dijangka akan mencapai kelulusan operasi awal terhad dengan Tentera Udara India pada 2008, diikuti dengan kelulusan operasi penuh pada hujung tahun 2010.[4] Versi latihan dua tempat duduk juga dibangunkan, yang mana juga boleh dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut India. Tentera Udara India dilaporkan memerlukan 200 buah pesawat satu tempat duduk dan 20 buah pesawat latihan dua tempat duduk. Sementara itu, Tentera Laut India mungkin akan memesan sehingga 40 buah pesawat satu tempat duduk bagi mengantikan angkatan pesawat Sea Harrier FRS.51 dan Harrier T.60.[5]Versi tentera laut dijangka akan diterbangkan pada 2009.[6]
Melalui penggunaan teknik rekabentuk moden, bahan ringan dan komposit, Tejas dijangka akan menjadi pesawat pejuang moden paling ringan yang sedang dikeluarkan.
Remove ads
Pengguna
Spesifikasi (HAL Tejas)
Data dari Aviationfans.com[8][9]
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 13.20 m (43 kaki 4 in)
- Rentang sayap: 44 kaki 8½ in (13.62 m)
- Tinggi: 4.40 m (14 kaki 9 in)
- Sayap luas: 38.4 m² (413 kaki²)
- Berat kosong: 5,500 kg (12,100 lb)
- Berat berisi: 8,500 kg (18,700 lb (dalam konfigurasi pesawat pejuang))
- Berat berlepas maksimum: 14,500 kg (31,967lb)
- Loji kuasa: 1× General Electric F404-GE - F2J3 turbofan
- Muatan bahan api dalaman: 3000 liter
- Muatan bahan api luaran: 5×800 liter tangki atau 3×1,200 liter tangki, berjumlah 4,000/3,600 liter
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 1.8+ (1,920+ km/j pada aras tinggi) at 15,000 m
- Jarak: 2000 km (1,242 batu(tanpa mengisi minyak))
- Lelangit khidmat 15,950+ m (50,000 kaki(enjin boleh dihidupkan semula dengan selamat))
- Beban sayap: 221.4 kg/m² (45.35 lb/ft²)
- Tujahan/berat: 1.07
Persenjataan
- Meriam: 1× meriam GSh-23 laras berkembar berkaliber 23 mm dengan 220 butir peluru.
- Titik beban: 8 : 1× di bawah sebelah kanan salur masuk udara, 6× di bawah sayap dan 1× di bawah fiuslaj dengan >4000 kg bahan api luaran dan persenjataan muatan,
- Peluru berpandu:
- Peluru berpandu udara ke udara:
- Astra BVRAAM
- Vympel R-77: AA-12 Adder)
- Vympel R-73: AA-11 Archer)
- Peluru berpandu udara ke permukaan:
- Kh-59ME Peluru berpandu panduan TV
- Kh-59MK Peluru berpandu panduan laser
- Peluru berpandu anti kapal
- Kh-35
- Kh-31
- Bom:
- KAB-1500L bom panduan laser
- FAB-500T bom jatuh bebas
- OFAB-250-270 bom jatuh bebas
- OFAB-100-120 bom jatuh bebas
- RBK-500 bom berangkai
Avionik
Radar EL/M-2052 AESA (pada model akan datang, bermula pada 2012 dan seterusnya.)
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads