Habsyah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Habsyah
Remove ads

Habsyah (Jawi: حبشة)[a] atau Ethiopia (Jawi: ايثوڤيا) merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Tanduk Afrika dan tergolong dalam negara-negara tertua di dunia. Kawasan Habsyah juga merupakan antara tapak tamadun yang terawal di dunia. Kerajaan Ethiopa pertama dibentuk sekitar tahun 980 S.M. dan menerima agama Kristian pada tahun 330 Masihi[6] dan didatangkan Islam pada 615 M (7 SH).[7]

Fakta Segera Republik Demokratik Persekutuan Habsyahريڤوبليك ديموکراتيك ڤرسكوتوان حبشةየኢትዮጵያ ፌዴራላዊዲሞክራሲያዊ ሪፐብሊክ ye-Ītyōṗṗyā Fēdēralāwī Dīmōkrāsīyāwī Rīpeblīk, Ibu negaradan bandar terbesar ...

Kini, Habsyah merupakan negara berbentuk republik dan mengambil bahagian secara aktif dalam kegiatan kerjasama antarabangsa. Ibu negaranya, Addis Ababa merupakan pusat pentadbiran Kesatuan Afrika.[8]

Remove ads

Penamaan

Nama Habsyah serta akar Arabnya اَلْحَبَشَة al-Ḥabasyah berasal dari masyarakat Habesyah (Ge'ez: ሐበሠተ?, translit. Ḥäbäśät Amhara: ሀበሻ, rumi: Häbäša, Tigrinya: ሓበሻ, rumi: Ḥabäša) yang berkongsi anutan Nasrani dan bertutur bahasa serumpun Habsyi mendiami kawasan tanah tinggi pedalaman Tanduk Afrika sejak 3000 SM, nama ḤBŠT muncul dalam catatan Sabai merakam keberadaan penguasa Gdrt dan kerajaannya dalam rantau Saba.[9]

Nama Bahasa Inggerisnya "Ethiopia" pula dikatakan berasal daripada "Ityopp'is", iaitu nama anak cucu Ham, pembentuk bandar Aksum. Bukti paling awal tentang penggunaan nama Ityopya dalam wilayah itu sendiri adalah merujuk kepada Kerajaan Aksum pada kurun ke-4, dalam sebuah batu bersurat Raja Ezana,[10] dimana yang pertama di Kristiankan untuk seluruh empayarnya. Nama tersebut muncul dua kali dalam karya Iliad dan tiga kali dalam Odýsseia melalui bentuk bahasa Yunani ia diberi nama Αἰθιοπία (dari Αἰθίοψ, Aithiops, 'Ethiopia').[11] Herodotus mengkhususkan penggunaannya kepada kesemua tanah di selatan Mesir,[12] termasuk Sudan dan Habsyah moden. Plinius yang Tua mengatakan nama negara itu datang dari anak Hephaistos (setaraf dewa Vulcanus) bernama Aethiops.[13] Sama juga, pada kurun ke-15, Bahasa Ge'ez Kitab Aksum, nama tersebut dihuraikan sebagai nama bagi seorang individu lagenda dipanggil Ityopp'is, anak kepada Cush, anak Ham, yang dikatakan pengasas Bandar Aksum. Tambahan lagi, menurut Cushite, dua orang Raja Semitik terawal juga dikatakan diberi nama Ityopp'is berdasarkan susur galur Raja tradisional Habsyah. Cendekiawan Eropah moden yang bermula sekitar tahun 1600[14] juga merujuk nama tersebut diambil dari perkataan Yunani iaitu aitho "Saya bakar" + ops "muka".[15][16]

Thumb
Thumb
Remove ads

Sejarah

Pada zaman Muhammad

Thumb
Gambaran Raja Najasyi menghadap rombongan Quraisy Mekah yang menuntut pelarian Muslim dalam naskhah lukisan Rasyiddin Hamadani tahun 1314

Semasa Nabi Muhammad SAW masih berada di Makkah, baginda mengarahkan penganut Islam untuk menyeberangi Laut Merah pergi ke Habsyah / Abyssinia. Habesha ialah suku kaum yang tinggal di Ethiopia. Ketika itu rajanya bernama Najasyi beragama Kristian. Mereka menyeberang mungkin menggunakan sampan menuju ke lokasi bernama Negash, selatan Ethiopia. Sahabat Muhammad Bilal bin Rabah berkulit hitam berasal daripada Habsyah. Bilal diseksa oleh majikannya Umaiyyah bin Khalaf.

Isteri Nabi Muhammad SAW, Saudah pernah pergi ke Habsyah bersama suami pertamanya.

Melalui al Najashi, Nabi Muhammad SAW melamar Ummu Habibah. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham dibayar al Najashi bagi pihak Nabi Muhammad SAW.

Zaman Empayar

Zaman rejim Derg

Zaman kini

Remove ads

Geografi

Habsyah berkeluasan kira-kira 1,104,300 kilometer persegi, menjadikan Habsyah sebagai negara ke-28 terbesar dunia.[17] Habsyah juga sebuah negara dikelilingi daratan. Kebanyakan kawasan Habsyah terletak dalam kawasan Tanduk Afrika, bahagian paling timur Afrika. Kebanyakan kawasan Habsyah adalah tertakluk kepada Tanah Tinggi Habsyah yang meliputi kawasan tengah dan barat laut negara. Ras Dashen, puncak tertinggi negara terletak dalam pergunungan ini dengan ketinggian 4,550 meter.[18] Sungai Nil Biru, salah satu punca utama Sungai Nil terbit dari Tasik Tana di barat laut negara. Iklim negara ini adalah pelbagai dengan iklim lazim ialah monsun tropika. Kawasan Habsyah di kawasan tanah tinggi memiliki suhu sederhana dengan kawasan lebih rendah adalah lebih panas.

Politik

Sistem politik di Habsyah adalah berdasarkan republik persekutuan berparlimen, dengan Presiden sebagai ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Secara umumnya, tugas-tugas Presiden adalah bersifat simbolik. Kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan negara, dan kuasa perundangan dikongsi oleh badan parlimen dwidewan negara serta kerajaan.

Lihat juga

Nota

  1. Amhara: ኢትዮጵያ, rumi: Ītyōṗṗyā disebut [i.tjo.p’ja], Templat:Lang-om, Somali: Itoobiya, Tigrinya: ኢትዮጵያ, rumi: Ítiyop'iya, Afar: Itiyoppiya

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads