Senarai negara mengikut KDNK (nominal) per kapita

rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia

Senarai negara mengikut KDNK (nominal) per kapita
Remove ads

Rencana ini mengandungi tiga senarai negara yang disusun mengikut keluaran dalam negara kasar per kapita pada nilai nominal, iaitu nilai semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dalam satu tahun yang diberikan, yang diubah pada kadar pertukaran pasaran kepada nilai dolar Amerika Syarikat, dibahagikan dengan purata (atau pertengahan tahun) penduduk pada tahun yang sama.

Thumb
Peta dunia yang menggambarkan KDNK (nominal) per kapita pada tahun 2007 (Sumber IMF, April 2008).

Angka yang disenaraikan di sini tidak mengambil kira perbezaan kos sara hidup di negara yang berbeza-beza dan hasilnya boleh berubah dari satu tahun ke tahun yang lain berdasarkan turun naik dalam pasaran tukaran mata wang sesebuah negara. Keadaan sebegini boleh mengubah kedudukan sesebuah negara dari satu tahun ke tahun berikutnya walaupun ia tidak menghasilkan perbezaan ketara kepada taraf hidup penduduknya. Oleh itu, angka di sini haruslah digunakan dengan berhati-hati.

Perbandingan kekayaan sesebuah negara juga sering dibuat berdasarkan pariti kuasa beli (PPP) bagi menyesuaikan perbezaan kos sara hidup di negara yang berbeza-beza. (Lohat Senarai negara mengikut KDNK (PPP) per kapita.) PPP menghapuskan sebagaian besar masalah berkaitan kadar pertukaran, tetapi mempunyai beberapa kelemahan. Ia tidak menunjukkan nilai keluaran ekonomi dalam perdagangan antarabangsa dan ia juga memerlukan lebih banyak anggaran dibuat berbanding dengan KDNK per kapita. Secara keseluruhannya, walau bagaimanapun, angka-angka berdasarkan PPP per kapita bertabur dengan lebih luas berbanding angka-angka berdasarkan KDNK per kapita.

Perhatian yang terperinci perlu diambil ketika menggunakan mana-mana senarai di sini bagi membandingkan kekayaan dua buah negara. Orang ramai yang mahu memuji atau mengutuk sesebuah negara, sering menggunakan angka-angka yang paling sesuai dengan misi mereka dan mengabaikan angka-angka yang lain, yang berkemungkinan tinggi untuk mempunyai perbezaan yang amat ketara. Perbandingan yang tepat, walau bagaimanapun, sepatutnya mengambil kira ketiga-tiga senarai selain mengguna pakai data dan maklumat ekonomi yang lain bagi meletakkan sesebuah ekonomi dalam konteks perbandingan.

Beberapa buah ekonomi yang tidak dianggap sebagai negara (dunia, EU dan sesetengah wilayah tanggungan) disertakan sekali di dalam senarai ini kerana ia direkodkan di dalam sumber-sumber yang digunakan. Ekonomi seperti ini tidak diberikan tangga kedudukan, tetapi disusun mengikut KDNK sebagai perbandingan.

Maklumat merentasi jalur (dan kadangkala di dalam jalur itu sendiri) adalah tidak setara kerana berkemungkinan merujuk kepada tahun-tahun yang berlainan. Semua maklumat ditulis dalam dolar antarabangsa. Entiti tidak berdaulat, bekas negara atau kumpulan khas ditanda dengan huruf condong.

Untuk menyusun jadual dalak kedudukan menurun, tekan dua kali pada petak di atas jalur yang ingin disusun semula.

Semua data dalam dolar Amerika Syarikat.

Maklumat lanjut Ked., Negara ...
Remove ads

Lihat juga


Nota dan Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads